berita

[VIDEO] Pengarah & Pelakon Buka Mulut Aksi Adegan ‘Bercium’ Dalam W: Two Worlds

January 4th, 2024 | by Alia
Kini Trending

w two worlds cium

Pengarah drama W: Two Worlds, Datuk Yusry Abdul Halim dan pelakon Daiyan Trisha serta Hun Haqeem akhirnya mengeluarkan kenyataan berhubung kontroversi adegan bercium yang rata-rata mendapat respon kurang senang dalam kalangan penonton.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Dakwa Babak Bercium Daiyan Trisha & Hun Haqeem Keterlaluan – ‘Dah La Dua-Dua Pelakon Muslim’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Mierul Aiman Respon Babak Cium Daiyan Trisha & Hun Haqeem – ‘Kami Nak Penonton Enjoy The Show’

Terima teguran

w two worlds cium

Ketika ditemui OhBulan!, Yusry berkata dia dan barisan pelakon menghargai setiap kritikan yang diberikan selain berjanji akan berwaspada dalam penghasilan sesebuah karya pada masa akan datang.

Kami berterima kasih atas teguran yang diberikan penonton dan kami pasti akan lebih berhati-hati selepas ini.

Yusry berkata demikian ketika ditemui pada sidang media W: Two Worlds Watch Party yang berlangsung di Pavillion Hotel, Kuala Lumpur malam tadi.

Sementara itu, mereka juga akur dan menghormati permintaan pihak Viu untuk tidak mengulas secara terperinci berkenaan babak tular tersebut.

Saya banyak nak cakap tetapi pihak Viu beritahu itu sahaja jawapan daripada kami.

Terdahulu, adegan cium berlapik yang dilakonkan oleh Hun dan juga Daiyan mendapat kecaman teruk dariapada warganet yang mendakwa ianya seolah-olah telah melanggar batas agama.

Dalam masa yang sama, mereka juga menyoal mengapa babak tersebut tetap dilakukan meskipun ianya dilihat tidak sesuai dengan penonton di Malaysia.

Untuk info, drama tersebut diadaptasi daripada drama popular Korea Selatan dengan judul yang sama. Drama ini juga turut dibintangi pelakon antaranya Mierul Aiman, Tony Eusoff, Faizal Hussien, Elizebeth Tan dan ramai lagi.

@ohbulanofficial

Datuk Yusry Abdul Halim dan pelakon Daiyan Trisha serta Hun Haqeem akhirnya mengeluarkan kenyataan berhubung kontroversi tetttttttt #ohbulan #sembangentertainment

? original sound – OHBULAN! – OHBULAN!

SKIP THIS AD ×