Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada hadir ke perbicaraan kali pertama bagi pertuduhan dicederakan oleh aktor itu di Mahkamah Seksyen Kuala Kubu Bharu pagi ini.
Artikel Berkaitan: Pesanan Shuhada Untuk Anak-Anak Undang Sebak – ‘Allah Nak Kita Sama-Sama Masuk Syurga’
Artikel Berkaitan: Nurul Shuhada Bersyukur Anak Dapat Anugerah Pelajar Cemerlang – ‘Ibu Akan Sehabis Baik Didik Kakak & Abang’
Harapan Shuhada
Ketika ditemui OhBulan! di perkarangan mahkamah, Shuhada atau nama sebenarnya Nurul Shuhada Mat Shukri yang mengenakan blazer berwarna coklat berharap agar hari ini dia akan diadili sebaiknya.
Difahamkan Shuhada hadir bersama adiknya Nurul Sofia sebagai saksi bagi kes tersebut.
Alhamdulillah saya sihat, anak-anak pun sihat. Jadi hari ini datang dengan semangat.
Saya harapkan semoga diadili dengan sebaiknya. Shu memang nak perjuangkan demi anak-anak.
Akhirnya saya sebagai mangsa didengari dan saya pun nak beri semangat kepada orang di luar sana yang turut ditindas.
Saya harap pihak sana juga memberi kerjasama
@ohbulanofficial Nurul Shuhada tiba di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Selangor untuk perbicaraan kes pukul Hafidz Roshdi. Semoga segala urusan dipermudahkan ??#ohbulan #fyp #news #hafidzroshdi #nurulshuhada ? original sound – OHBULAN!
Terdahulu pada sebutan kes 9 Jun tahun lalu Hafidz disahkan waras dan pertuduhan ke atasnya layak untuk dibicarakan selepas pihak pendakwaan mengesahkan laporan perubatan psikiatri aktor itu.
Hafidz sebelum itu mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan.
Pada 2 Mac tahun lalu, Shuhada telah membuat laporan polis selepas mendakwa dia telah ditumbuk oleh Hafidz beberapa kali sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian pipi.
Pelakon berusia 30 tahun itu didakwa atas pertuduhan mencederakan isterinya (ketika itu) dan dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Syeksen 326 kanun yang sama.
Untuk info, pasangan itu disahkan bercerai talak satu pada 27 Julai lalu.