Pelakon Puteri Sarah hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 2.25 petang bagi prosiding mediasi atau perbincangan kes saman fitnah dan pecah amanah terhadap bekas pekerjanya bernama Nazatul Nazira.
Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Failkan Tuntutan Pecah Amanah Sebanyak RM26,000
Artikel Berkaitan: Puteri Sarah Saman RM1 Juta, Pegawai Pemasaran Tuduh Ambil Dadah & Bela ‘Andy’
Mahu teruskan saman
Sarah, 38, berkata, dia tetap mahu meneruskan saman bagi mendapatkan keadilan dan membersihkan nama serta reputasinya yang sudah tercalar.
Saya harapkan semoga hari ini dapat hak yang saya perjuangkan. Saya ada menfailkan dua saman iaitu saman malu dan pecah amanah.
Saya mahu perjuangkan kedua-dua itu, yang saya tunggu dari tahun lepas. Tengok ada atau tidak jalan penyelesaian. Kalau tiada, teruskan kepada undang-undang.
Sebelah sana berkeras, jadi pihak saya berkeras juga. Saya di pihak yang benar, semoga saya dapatkan hak saya.
Sarah yang mengenakan baju berona coklat hadir ditemani peguam iaitu Azmi Mohd Rais.
No komen
@ohbulanofficial Semoga segala urusan dipemudahkan untuk Puteri Sarah ??#ohbulan #fyp #news #puterisarahliyana #saman #1juta ? original sound – OHBULAN!
Sementara itu, Nazatul yang hadir mengenakan jubah hitam enggan memberikan sebarang komen ketika ingin ditemu bual.
Terdahulu, Sarah mendakwa pegawai pemasaran dikenali Nazatul Nazira telah melakukan aktiviti pecah amanah sebanyak RM26,000.
Nazatul juga telah menuduh Puteri Sarah mengambil barang terlarang, menganggap diri sebagai rakan kongsi, menggelarnya seorang bodoh sombong, menyara atau membela individu yang dipercayai bernama ‘Andy’ dan seorang ketua yang tidak bertanggungjawab terhadap pekerja-pekerja.
Susulan itu, Puteri Sarah menuntut ganti rugi sebanyak RM1 juta secara berasingan untuk kerosakan yang dilakukan terhadap status, reputasi, maruah, imej serta tekanan mental dan emosi.