Penyanyi, Ernia Zakri enggan mengulas lanjut berhubung luahan kecewa yang pernah dimuat naik di platform X pada awal Julai lalu.
Artikel Berkaitan: Ernie Zakri Luah Rasa Kecewa Diperlakukan Tidak Profesional? – ‘Saya Dah Lama Tutup Mulut’
‘Tapi biarlah saya je yang tahu’
@ohbulanofficial Ernia Zakri enggan mengulas lanjut berhubung luahan kecewa di X ? #ohbulan #sembangentertainment #erniezakri #kecewa ? original sound – OHBULAN!
Ketika ditemui OhBulan! di majlis pelancaran dan sidang media TikTok Awards Malaysia 2024, pada Khamis, Ernie atau nama lengkapnya Nur Ernie Shahirah Zakri berkata, dia enggan memanjangkan isu tersebut kerana tidak mahu menimbulkan sebarang spekulasi.
Masa tu saya hanya tweet sahaja, meluahkan rasa terbuku yang dah lama saya simpan.
Tapi biarlah saya je yang tahu mengenai perkara itu. Lambat laun nanti kalau orang tahu dan mungkin juga ia bukan datang dari mulut saya sendiri.
Hari itu pun saya hampir mendedahkan tapi saya tarik balik kata-kata dan terus melangkah ke hadapan.
Dalam pada itu, Ernie menegaskan hantaran tersebut tiada kaitan dengan bekas syarikat pengurusannya iaitu Rocketfuel Entertainment seperti yang didakwa ramai.
Kalau cakap berkenaan lagu, syarikat Rocketfuel Entertainment sebenarnya sedang menyelesaikan semua isu berkaitan lagu-lagu saya sebab bertukar pihak pengurusan.
Jadi perkara itu memang tiada dan salahlah tanggapan peminat itu. Ini tidak ada kaitan dengan apa-apa spekulasi dibuat peminat.
Ernie turut menolak dakwaan segelintir individu yang mendakwa dia sengaja berbuat demikian sebagai gimik untuk melancarkan lagu baharu.
Saksikan siaran langsung TikTok Awards, eksklusif hanya di TV3 dan akaun rasmi TikTok Malaysia pada jam 9.00 malam, Ahad, 11 Ogos 2024 atau anda boleh menonton acara ini secara langsung melalui Tonton.
TikTok Awards Malaysia 2024 dianjurkan dengan kerjasama TV3, dikuasakan oleh Siri HONOR 200 5G (Penaja utama), didominasikan oleh The Raw Skincare. (Penaja bersama), diraikan oleh TikTok Shop (Rakan penaja), dihubungkan oleh U Mobile 5G (Rakan penaja) dan disinarkan oleh TRESemmé (Rakan penaja).
Tiket untuk TikTok Awards Malaysia 2024 boleh dibeli DI SINI.