Usahawan Aleeya Zailan, kini memilih untuk tidak terlalu aktif berkongsi mengenai kehidupannya di media sosial.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aleeya Zailan Berang Netizen Dakwa Eva Tak Solat – ‘Awak Ingat Dia Tak Reti Ke? Mengaji Pun Pandai’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aleeya Zailan Terpaksa Solat Duduk Atas Kerusi, Hidap Sakit Lutut Serius – ‘Tak Boleh Ada Tekanan’

Penyakit ain

@avenys_tv

Penyakit ain ni bahaya korang . Aleeya kalau boleh nak elak penyakit ain.

♬ original sound – AVENYS tv – AVENYS tv

Menerusi perkongsian di TikTok, Aleeya memaklumkan tindakannya itu dilakukan selepas menyedari tentang penyakit ain.

Meskipun enggan mengulas lanjut tentang perkara tersebut, namun Aleeya percaya penyakit itu berpunca daripada perasaan iri hati.

Saya dah kurang buat siaran langsung sebab penyakit ain.

Saya tak mahu bercerita tapi penyakit itu banyak berlaku.

Banyak orang dengki juga.

Penyakit ini bahaya, saya kalau boleh nak elak.

Justeru, Aleeya mengambil keputusan untuk tidak terlalu menonjol di media sosial selain menggunakan khidmat hos untuk mengendalikan siaran langsung jualan produknya.

Jadi, saya cuma nak relaks. Kalau orang tak kenal saya pun tak mengapa.

Saya pakai ramai ‘live host’.

Nasihat netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan tindakan ibu kepada tiga orang anak itu.

Dalam masa yang sama, warganet juga berkongsi amalan yang boleh dilakukan untuk mengelak dari penyakit ain atau hasad dengki.

Sumber: TikTok Avenys TV