Usahawan dan pempengaruh media sosial, Aleeya Zailan mendakwa anak lelakinya, Aaron diganggu oleh seorang gadis bersama ibunya yang terlalu obses sehingga menjejaskan kehidupan dan emosi puteranya itu.

Artikel Berkaitan: Aleeya Zailan Dedah Hampir Batal Kahwin, Bigboss Kantoi Menggatal – ‘Dia Sanggup Jemput Pramugari’

Gadis obses

Menerusi hantaran di TikTok, Aleeya mendakwa gangguan tersebut bukan sahaja berlaku di sekolah malah berlarutan sehingga ke rumah, membuatkan dia terpaksa mengambil langkah berjaga-jaga demi melindungi Aaron.

Ada seorang pelajar perempuan dan ibunya terlalu obses dengan Aaron. Perkara ini sudah lama berlaku sejak tahun lalu. Saya terpaksa bawa anak saya duduk Jepun dan Australia lama-lama, sebab nak mengelak.

Saya tidak benarkan Aaron kawan dengan gadis tersebut kerana saya rasa keselamatan anak bahaya. Gadis itu seperti mengawal hidup anak saya, dia suruh anak saya benci semua orang, benci saya dan suami termasuk adik-beradik.

Kalau Aaron suka penyanyi dia tak bagi, dia suruh Aaron suka dia seorang sahaja. Minta luang masa dengan dia, sampai Aaron sukar untuk tidur malam. Dekat sekolah cikgu asyik mengadu Aaron tidur dalam kelas.

Tambah Aleeya, dia sudah berbincang dengan pihak sekolah dan juga ibu gadis terbabit, namun masalah itu tetap berlarutan sehingga anaknya sanggup menipu dirinya.

Saya minta pihak sekolah untuk tak benarkan anak saya berkawan atau berjumpa lagi dengan gadis tersebut serta ibunya. Saya pun sudah bercakap dengan ibu gadis itu sehingga saya marah mereka supaya jangan jumpa Aaron.

Tapi, ibunya sanggup datang ke kawasan rumah saya bawa anak dia. Dia suruh Aaron menipu saya dan mereka berjumpa senyap-senyap di satu tempat.

Kawal hidup Aaron

Tegas Aleeya, dia turut mengambil langkah dengan menyimpan telefon bimbit anaknya bagi memutuskan hubungan dengan gadis berkenaan, namun tetap gagal.

Lebih parah, Aleeya mendakwa, ibu gadis itu telah memanipulasi serta cuba mengawal hidup Aaron.

Saya simpan telefon Aaron dan dalam tempoh tiga bulan tidak berhubung dengan mereka. Tapi mereka tetap sanggup datang ke sekolah untuk cari Aaron. Anak saya sampai menangis-nangis, saya hantar anak ke kaunselor.

Saya tidak tahan, saya ambil keputusan buat laporan polis. Saya merasakan keadaan terlalu bahaya kerana mereka sanggup cari Aaron di sekolah dan di rumah.

Ibu gadis itu juga cakap saya cuba manipulasi hidup Aaron supaya benci saya. Rupanya mereka juga buat laporan polis dakwa saya mendera anak sendiri dan cakap Aaron stress duduk dengan keluarga.

Saya tunjuk segala bukti kepada polis kenapa saya tidak benarkan gadis berkenaan tidak boleh berkawan dengan Aaron.

Tidak hanya secara bersemuka, Aleeya mendakwa, ibu gadis itu turut mengganggu kehidupannya dan keluarga di media sosial.

Sekarang ini dia muncul dalam sosial media, dia tinggalkan komen di semua video saya. Malah video yang tiada kena mengena pun dia tinggalkan komen cakap saya dera Aaron.

Dia terlalu obses, dia fikir Aaron hanya boleh hidup tenang, sihat dan bahagia dengan dia sahaja. Dia ‘brainwash’ Aaron cakap Aaron sudah gila dan suruh masuk psikiatri wad. Dia suruh Aaron panggil dia mama.

Video

Sumber: TikTok