Pelakon Uqasha Senrose menafikan khabar angin mengenai rumah tangganya bersama aktor Kamal Adli sedang dilanda badai.
Artikel Berkaitan: Uqasha Senrose Nafi Rumah Tangga Goyah – ‘Selagi Tak Sampai Tahap Ke Mahkamah, Jadi Ia Adalah Perkara Biasa’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kamal Adli Tepis Dakwaan Ke Mahkamah Syariah, Hubungan Dengan Isteri Dalam Keadaan Baik – ‘Mustahil Saya Sampai Ke Tahap Itu’
Uqasha ke mahkamah?
View this post on Instagram
Ketika ditemui OhBulan!, Uqasha atau nama lengkapnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, menegaskan bahawa dia sama sekali tidak pernah pergi ke mahkamah syariah seperti yang didakwa.
Demi Allah saya tak pernah menjejakkan kaki ke mahkamah syariah. Saya nafikan seratus peratus, insya-Allah selagi kami boleh jaga rumah tangga kami akan jaga sebaik-baiknya.
Kalau saya ke mahkamah syariah mesti ada nama saya di sana, cuba periksa ada atau tidak. Jika ada tunjukan.
Boleh bagi bukti saya ke mahkamah mana? Saya pun tak tahu mahkamah di mana.
Uqasha berkata demikian seusai pertunjukan fesyen Hikayat Ariani Karya Seindah Busana yang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre, pada Khamis.
Tak perlu kongsi
Sementara itu, aktres berusia 33 tahun itu berkata, ketika ini dia hanya mahu memberi tumpuan kepada keluarga berbanding isu berkenaan.
Perlu ke sampai saya nak kena muat naik gambar dengan Kamal sebab nak puaskan hati semua orang? Takkan saya nak cerita hal ‘dalam kain’ saya.
Saya rasa tak perlu, lebih baik saya fokus dengan keluarga kecil saya.
Dalam masa yang sama, pelakon filem Hantu Kak Limah itu turut menyifatkan spekulasi yang timbul adalah tidak berasas.
Bagi saya semua rumah tangga tidak ada yang indah-indah belaka.
Perkara ini tak berasas. Saya tak pasti dari mana datangnya ura-ura mengatakan kami nak bercerai.
Tidak apa yang perlu dirisaukan selagi tidak sampai ke tahap itu malah saya tidak pernah rasa tertekan.
Terdahulu, nama Kamal dan Uqasha menjadi bualan apabila dikatakan menghadapi masalah rumah tangga.
Untuk rekod, pasangan ini telah bernikah pada 5 November 2021 dan dikurniakan cahaya mata, Hawra Uqaira.
@ohbulanofficial Pelakon Uqasha Senrose menafikan khabar angin mengenai rumah tangganya bersama aktor Kamal Adli sedang dilanda badai. #ohbulan #kinitrending #uqashasenrose #kamaladli