Hubungan baik antara penyanyi Adira Suhaimi dengan bekas suaminya Datuk Red sering menjadi perhatian sehingga ada segelintir warganet yang mendoakan mereka bersama semula.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Diasak Rujuk Kembali, Adira & Datuk Red Sudah ‘Move On’ – ‘Memang Tidak Ada Sinar’
Artikel Berkaitan: ‘Harapan Saya Memang Nak Kembali Bersama Tapi Kalau Bertepuk Sebelah Tangan Tak Guna’ – Datuk Red
Masih terbuka hati
@putehhhx Replying to @Julia Jajuli Shop #abgred #datored #datoredadira #abgredadira #adirasuhaimidatukred
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Datuk Red atau nama sebenarnya Datuk Seri Adnan Abu berkata, dia dan Adira berkemungkinan tidak akan bersatu kembali.
Bagaimanapun, Datuk Red tidak menolak andai masih ada jodoh di antara mereka.
Memang korang nak saya balik dengan Adira, saya pun nak balik dengan Adira. Masalahnya Adira tak nak balik dengan saya, dia nak jadi kawan je. Nak buat macam mana.
Tapi kalau salah satu nak balik dengan saya pun saya terima. Terus terang aku nak dia tapi dia tak nak aku..macam mana.
Dalam masa yang sama, usahawan berusia 46 tahun tersebut juga mengakui dia berasa selesa bersahabat baik dengan pelantun lagu Ombak Rindu tersebut.
Seronok la kawan dengan dia, relaks je..kami tenang je kawan. Tapi tak tahulah sampai bila kan. Dia pun muda lagi. Saya je dalam live ni cakap gatal, dia diam-diam tahu-tahu tahun depan dah kahwin.
Takkan lah dia dah berkahwin saya nak berkawan lagi dengan dia. Setakat nak telefon tanya anak boleh.
Terdahulu, Adira menerusi satu kenyataan menegaskan bahawa cinta antara dia dan bekas suami tidak akan bertaut kembali malah mereka memilih untuk memberi perhatian terhadap kehidupan masing-masing.
Sekadar info, Datuk Red menceraikan Adira yang merupakan isteri keduanya dengan talak satu pada 23 April lalu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Kuang, Selangor.
Selepas 21 hari, Datuk Red kemudian bercerai dengan isteri pertamanya, Datin Red atau nama sebenarnya Sharifah Norshafila di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.
Imbas kembali, Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5 dan Ayob yang kini berusia dua tahun.
Sementara itu, Datuk Red juga memiliki tiga orang cahaya mata lelaki menerusi perkahwinan dengan isteri pertamanya.
Sumber: TikTok