Pempengaruh Ayunie mengambil tindakan undang-undang dengan menyaman bekas abang iparnya iaitu usahawan Iqbal Zulkefli sebanyak lebih RM5 juta.
Artikel Berkaitan: Selesai Proses Kurus, Iqbal Zulkefli Dedah Tak Boleh Sentuh Makanan Selama Sembilan Hari – ‘Saya Kerap Muntah’
Artikel Berkaitan: Iqbal Zulkefli Nak Potong Usus, Pernah Baca Komen Wanita Suka Lelaki Kurus
Bersuara sebab sudah penat
Menurut Ayunie, dia mengambil tindakan tersebut selepas Iqbal didakwa membuat fitnah dan tohmahan yang mencemarkan maruah dirinya. Bukan itu sahaja, Ayunie berkata, dia mengalami kerugiaan dalam perniagaan berikutan fitnah yang dilemparkan.
Kali ini saya nak bersuara sebab sudah penat dengan permainan bodoh ni. Selama ni saya sabar sebab ikut arus undang-undang seperti yang keluar daripada mulut dia (Iqbal).
Saya sabar dengan segala tomahan, fitnah, perkara tak betul yang dia lemparkan sehingga mencemarkan maruah saya.
Nak tak nak kali ini dia kena jawab saman saya. Sila hadirkan diri di mahkamah kalau betul dia benar. Sebab saya percaya saya benar.
Saya tak keluarkan apa-apa bukti lagi.
Video
@ayunieso24 Maaf saya dah lama simpan dan bersabar ..
Tambah Ayunie, Iqbal dipercayai pernah menyatakan hasrat mahu menyaman dirinya dan masih menunggu surat saman itu.
Saya pelik sebab sebelum ini dia kata nak saman, tapi sampai sekarang tak ada pun. Siap kata sudah lantik peguam. Tetapi, sudah berbulan lamanya saya tunggu tak sampai pun surat tuntutan ataupun mana-mana surat saman.
Apabila saya hantar peguam untuk selesaikan hak saya selepas dia mencemarkan nama saya, dan dalam masa sama saya mahu mencari titik noktah, tapi dia jadikan perkar ini satu ‘permainan’ pula. Sehinggakan peguam dia cakap tidak lagi mewakili Iqbal.
Berbicara lebih lanjut, Ayunie memberitahu tindakan Iqbal itu seolah-seolah sengaja mahu menjadikan ia satu ‘marketing’ dan kepentingan buat diri sendiri.
Apa yang dia cuba buat selama ini adakah untuk ‘marketing’ saja? Puas hati tengok orang bergaduh? Sebelum ni saya dengan adiknya baik-baik sahaja.