berita

[VIDEO] ‘Saya Ni Pelik Sikit’ – Syed Saddiq Pernah Kantoi Tidur Dalam Panggung Wayang

January 17th, 2023 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendedahkan dia gemar tidur dalam panggung wayang. Pendedahan tersebut dilakukan oleh Syed Saddiq ketika sesi temu bual bersama pengacara, Amelia Henderson dalam podcast Studio Sembang.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Azfar Heri Lepak Dengan Syed Saddiq, Netizen Usik Cakap Sekarang ‘Bukan Kaleng-Kaleng’

Tidur dalam pawagam

@studiosembang

ha cepat mengaku sape buat mcm ni jgk? like seriously blh ke tido dlm cinema? it’s too noisy, no? jom watch/listen to this episode! #studiosembang

? original sound – Studio Sembang – Studio Sembang

Menurut Syed Saddiq, selepas selesai bekerja, dia akan membeli tiket filem seorang diri pada tengah malam dan tidur sepanjang filem ditayangkan.

Saya ni pelik sikit, some people pergi wayang ramai-ramai orang tapi untuk saya sampai sekarang pun bila saya bekerja untuk Kementerian, bila balik dari pejabat pukul 11, 12 malam, apa yang saya akan lakukan saya akan beli tiket seorang diri, tengok midnight movie sorang-sorang, tengok movie paling random, masuk dan tidur dalam cinema.

Tambah Syed Saddiq, dia berasa nikmat tidur di dalam panggung wayang jika dibandingkan dengan rumah.

Saya tak tahu kenapa tapi rasanya white noise, dia tak sama bila tidur dalam panggung wayang dengan tidur bila tengok Netflix tau, very different. Benda ni adalah perkara yang saya masih buat sampai sekarang tapi diam-diamlah pakai hoodie, pakai eye mask dan pernah kantoi tapi mereka memahami.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan tabiat pelik Syed Saddiq. Tambah segelintir netizen, mereka pernah melakukan perkara yang sama.

Sumber: Studio sembang

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×