Penampilan baharu isteri kepada penyanyi Haqiem Rusli iaitu, Anis Sofea sering kali meraih perhatian netizen semenjak dirinya mengambil keputusan untuk tidak lagi meneruskan dengan imej bertudung.
Artikel Berkaitan: ‘Kita Bagi Anis Masa, Saya Tidak Mahu Memaksa’ – Haqiem Rusli
Artikel Berkaitan: Rumah Tangga Haqiem Rusli & Isteri Bahagia, Muat Naik Foto Bersama Dengan Emoji ‘Love’
Artikel Berkaitan: Isteri Haqiem Rusli Tayang Rambut, Padam Gambar Bertudung Di Instagram
Rose Blackpink
Menerusi perkongsian di TikTok, Anis merasakan dirinya seperti salah seorang ahli kumpulan penyanyi wanita dari Korea Selatan, Rosé Blackpink.
Difahamkan, Anis yang kini dilantik sebagai duta sebuah produk kecantikan jenama tempatan.
Kenapa saya nak feeling-feeling jadi K-Pop Idol sebab saya rasa saya macam Rosé.
Walau bagaimanapun, hal itu meraih perhatian netizen yang kurang selesa melihat sesi temu bual itu dijalankan kerana dikatakan dirinya yang terlalu yakin.
@laurelbofficial Introducing our Malaysian Sweetheart @anis sofea for Mixberry Sachets Limited Edition. Thanks so much for those yang keep on supporting Sofea & us. Let’s train our mind to see the good in every situation and try to be a rainbow in someone’s cloud ya. ? Anyway, today is the day! Let’s get yours now by clicking the link in bio. Love! ?? #fyp? #fyp??viral #foryoupage #mixberry #mixberrypowder #foryou #viral #trending #anissofea #anissofeaz #isterihaqiemrusli #fyp
Rosé ke Rosnah?
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan keyakinan yang dimilikinya. Selain itu, terdapat juga segelintir netizen yang sempat berseloroh dengan mengatakan dirinya mirip ‘Rosnah’.
Sumber: TikTok @laurelbofficial