Penyanyi Haqiem Rusli tampil membuka mulut mengenai kontroversi yang melanda isteri tercinta, Anis Sofea selepas membuat keputusan membuka tudung.
Artikel Berkaitan: ‘Kita Bagi Anis Masa, Saya Tidak Mahu Memaksa’ – Haqiem Rusli
Artikel Berkaitan: Rumah Tangga Haqiem Rusli & Isteri Bahagia, Muat Naik Foto Bersama Dengan Emoji ‘Love’
Doa yang baik
Memetik temu bual dengan Melodi, Haqiem mengakui kecewa apabila isterinya terpaksa ‘menelan’ kata-kata kesat seperti mencaci dan mencarut daripada netizen.
Kata Haqiem, 24, mereka suami isteri terbuka sekiranya teguran itu dibuat menerusi kiriman mesej di media sosial atau secara peribadi.
Saya tahu perkara itu kerap diperkatakan oleh netizen. Satu sahaja saya mampu cakap minta doa yang baik-baik.
Kadang-kadang ada rasa kecewa la. Saya mampu cakap nasihat itu ada banyak fasa. Yang mereka buat itu bagi saya salah apabila mencaci, mencarut. Lebih baik jumpa depan-depan.
Paling baik pun boleh DM (di media sosial). Bagi kenalan pula, boleh hantar mesej untuk nasihat cara baik.
Bagi saya normal saja memandangkan sudah berkecimpung dalam industri sejak kecil. Lebih baik kami berdiam diri dan tidak agresif di media sosial kerana akan memalukan nama keluarga.
Menjawab mengenai hubungan dengan Anis Sofea, pemilik nama lengkap Ridzuan Haqiem Rusli menafikan sedang berhadapan masalah. Katanya, dugaan yang berlaku ini lebih mematangkan hubungan mereka sebagai suami isteri.
Hubungan kami sangat baik tetapi bukan sepenuhnya bahagia. Macam kami kena kena kecam ini lagi mematangkan hubungan. Dari segi cara kami bertoleransi dan berbincang.
Bagi saya setiap ujian yang berlaku itu mesti ada sebabnya. Allah tak akan menguji hamba-Nya sekiranya tidak boleh tempuh. Insya-Allah kami boleh hadap.
Saya menghormati dia dan dia juga menghormati saya walaupun ada fasa-fasa sukar, kami tempuh dengan baik. Kalau kami ada masalah pun tak akan bagitahu apa-apa. Hal rumah tangga kan.
Semua orang ada aib
Dalam pada itu, pelantun lagu Tergantung Sepi memohon maaf sekiranya mereka pernah melakukan kesilapan di samping menggesa netizen untuk membersihkan hati dahulu.
Saya minta maaf kepada netizen-netizen sekiranya sepanjang saya dan Sofea berkahwin ada kesalahan yang dibuat. Saya berharap kalau anda marah sekalipun bersihkan hati.
Kadang-kadang yang bercakap ini pun buat dosa, kita manusia biasa. Mesti ada aib dan dosa yang Allah tutup. Tetapi disebabkan kami dikenali (public figure), privasi itu agak kurang. Tak perlu menghukum dan doa yang baik-baik sahaja.
Pada 1 Syawal, Anis atau nama sebenarnya Wan Anis Sofea Wan Zamzuri, 21, memuat naik foto mengenakan selendang namun memperlihatkan bahagian rambut.
Selain itu, usahawan terbabit turut memadam kesemua foto dirinya bertudung dan gambar bersama Haqiem.
Sekadar info, Haqiem berkahwin dengan Anis pada 19 November 2021.
Sumber: Youtube