Pelakon dan usahawan, Eira Syazira berkongsi pengalaman ketika melalui fasa kesusahan dalam kehidupannya.
Artikel Berkaitan: Azad Jasmin Bermasam Muka Dengan Eira Syazira Gara-Gara Emas
Artikel Berkaitan: Tak Sampai 24 Jam Pakai Dah Tercabut, Azad Jasmin Kritik Gelang Peranti Pengawasan Digital Balik Umrah
Berkat usaha & sabar
Menerusi siaran langsung di TikTok, Eira atau nama sebenarnya Syazira Suhaimi itu berkata dia pernah diuji dengan masalah kewangan sehingga tidak dapat menyediakan susu untuk anaknya.
Saya pernah tak ada duit nak beli susu anak. Ketika itu saya nak tolong suami saya..saya mula diuji ketika anak nombor dua.
Bagaimanapun, isteri kepada pelawak dan penyampai radio Azad Jasmin ini bersyukur apabila dia dapat mengharungi keperitan hidup itu dengan berkat usaha, kesabaran dan doa suami.
Tapi MasyaAllah, bila kita berjaya lewati dan lalui..Subhanallah rezeki yang tak disangka-sangka datang.
Saya yakin dengan diri saya, yang penting saya dapat restu dan doa daripada suami. ‘Lets do it together’.
Untuk info, Eira dan Azad mendirikan rumah tangga pada 16 September 2011. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Amarra Sofea Rose, 10, Ameisya Leanne Rose, 7 dan Areisya Suri Rose, 5.
@ciksri89 Eira pernah x ada duit utk beli susu anak ? alhamdulillah berkat kesabaran dan doa dari suami kehidupan eira 1 family berubah ?? korang ada pengalaman mcm ni x?? #motivasi #rambutgugur #toniccandyta #productorganic #eirasyazira #pakazad #fyp?
Sumber: TikTok