Penyanyi Nourul Depp berkongsi dengan warganet tentang luahan hati seorang ibu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Saya Tahu…Apabila Anak Tinggalkan Kita Atas Sebab Tertentu, Ia Menyakitkan’ – Nourul Depp
Artikel Berkaitan: ‘Ayu Baik, Kami Sakit Dia Jaga’ – Nourul Depp Minta Henti Spekulasi Hubungan Dengan Anak Sulung Bermasalah
Luahan Nourul
@nouruldepp1
Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Nourul atau nama sebenarnya Noorulhuda Abdul Wahab berkata, dia menyesal kerana terlalu fokus kepada seseorang sehingga menjejaskan emosinya terhadap keluarga.
Saya rasa bersalah pada diri saya sebab, kerana fokus pada yang satu ini ia telah membuatkan diri saya berasa ‘down’.
Sampai saya berkasar dengan tiga lagi anak-anak saya, disebabkan perasaan marah.
Sedar akan kekhilafan diri, penyanyi berusia 47 tahun itu kemudian berubah dan memohon ampun kepada Allah SWT.
Terus saya berubah 360. Saya kata pada Allah, Ya Allah maafkan saya, saya tak perasan.
Saya terlampau marah, terlampau berkecil hati, terlampau sakit hati dan terlampau fokus pada yang satu sehingga lupa ada nikmat dan rahmat Mu dalam hidup ini yang perlu saya fokus.
Perasaan seorang ibu
Dalam masa yang sama, pelantun lagu Aku Cinta Aku Rindu itu berkata, suaminya juga turut terkesan dengan perkara tersebut.
Pandangan Eric di dalam hal ini, dia kecewa sangat sebab dia sayang Ayu macam anak dia sendiri. Dia turut menangis apabila melihat saya menangis.
Tapi dia simpan dan menunggu hari.
Untuk info, Ayu merupakan zuriat hasil perkahwinan Nourul dan komposer terkenal, Ajai namun mereka berpisah pada tahun 2007.
Nourul kemudian mendirikan rumah tangga bersama Eric Daniel Depp pada tahun 2012 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Zachary Depp, 11, Raphael Depp, 9, dan Isabella Depp, 5.
Sumber: TikTok Nourul Depp