Meskipun memilih jalan masing-masing, namun pelakon Fasha Sanda dan Nora Danish bersama bekas suami Datuk Rizal Ashram masih mengekalkan keharmonian di antara mereka demi anak-anak.
Artikel Berkaitan: [FOTO] Fasha Sandha Nampak Manis & Ayu Pakai Tudung, Netizen Komen ‘Secantik Bidadari’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Fasha Sandha Terus Bekerja Selepas Cerai Dengan Jejai, Tak Galakkan Wanita ‘Housewife’ Jadi Ibu Tunggal – ‘Hari Itu Juga Saya Shooting Drama’
Masih dianggap ibu
Ketika ditemui OhBulan!, Fasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hassan meluahkan rasa terharu apabila anak kepada Nora iaitu Putra Rayqal, tidak pernah melupakan dirinya.
Kami mengekalkan hubungan harmoni, Nora adalah ibu kepada Rayqal manakala saya adalah ibu kepada adik-adik Rayqal.
Saya seronok dan terharu apabila anak-anak saya beritahu bahawa Rayqal masih menganggap saya ibu tirinya. Dia ingat saya pernah jadi ibunya dan saya rasa sangat disayangi.
Kata Rayqal, ‘ibu Rayfal dan Jemyma akan sentiasa menjadi ibu tiri saya, selamanya.’
Menurut aktres berusia 40 tahun itu, mereka mengambil pendekatan untuk mengekalkan hubungan yang baik berikutan anak-anak berkongsi darah daging yang sama.
Walaupun ikatan saya dan Jejai sudah berakhir namun hubungan kekeluargaan kami masih rapat dan sayang menyayangi.
Itu adalah satu perkara yang kami mahukan dalam hubungan bersama anak-anak. Hubungan mereka tidak dapat diputuskan sebab berkongsi darah daging yang sama dan semestinya mereka mahu melihat keharmonian kami.
Kesihatan mental mereka pun akan jadi baik dan akan merasa lebih dihargai.
Fasha berkata demikian ketika ditemui pada majlis malam anugerah Nona Superwoman 2024 yang berlangsung di M World Hotel, Petaling Jaya baru-baru ini.
Sering bertemu Nora
View this post on Instagram
Dalam pada itu, pelakon filem 9 September tersebut berkata, dia dan Nora kini sering bertemu malah persahabatan mereka semakin akrab.
Alhamdulillah, Nora adalah seorang wanita yang baik. Sekarang kami lebih kerap berhubung dan selalu berjumpa.
Dia pun menganggap saya seperti adik beradiknya sendiri. Bila berjumpa kami akan duduk sekali dan berbual tentang macam-macam topik.
Terdahulu, Fasha pernah mendirikan rumah tangga bersama Datuk Rizal Ashram Ramli atau dikenali sebagai Jejai.
Menerusi perkahwinan itu, Fasha mendapat dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 10, dan Putri Raysha Jemaima, 9.
Fasha kemudian mendirikan rumah tangga dengan aktor Aidil Aziz pada Mac 2019 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisha Amaira.
@ohbulanofficial Alhamdulillah ???#ohbulan #fyp #news #fashasandha #terharu #rayqal #noradanish #anggap #ibutiri