Pelakon dan model, Alicia Amin, mencuri perhatian ramai apabila berkongsi momen manis bersama teman lelakinya menerusi sesi soal jawab di Instagram Story.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pakai Baju Putih Sedondon & Cium Pipi Ketika Menikmati ‘Pizza Date’, Alicia Amin Dah Temui Pengganti
Artikel Berkaitan: Alicia Amin Didakwa Bercinta Dengan Amir Ahnaf? Ini Jawapan Tuan Badan
Alicia Amin, kekasih
@hangrii Tauke @50/50PizzaCoffee ? original sound – Alicia Amin
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, Alicia atau nama penuhnya Raja Alicia Raja Amin, 30, mengajukan soalan daripada peminat kepada teman lelakinya mengenai tatu yang dimilikinya.
Lelaki itu dengan jujur mendedahkan bahawa dia menyukai semua tatu yang ada pada Alicia, meskipun dirinya sendiri tidak mempunyai sebarang tatu.
Semua tatu Alicia saya suka, saya je tak ada tatu.
Apabila ditanya apa yang perkara yang disukainya pada Alicia, pemilik perniagaan pizza ini mendedahkan dia menyukai semua yang ada pada kekasihnya itu malah memuji Alicia kerana memiliki kecantikan dari setiap aspek.
Saya suka senyuman, bau dia, saya sukakan mata dan hidung dia. Saya suka yang saya letakkan apa sahaja pada dia, termasuk baju buruk, tapi dia tetap cantik
Bercerita mengenai detik perkenalan, pasangan ini mendedahkan bahawa kedua-dua mereka pernah bekerja sebagai barista sebelum ini.
Sekadar info, Alicia berkahwin dengan Farzan pada 14 Februari 2021. Mereka mengambil keputusan untuk bercerai secara baik pada Mac tahun lalu.
Sumber: TikTok Alicia Amin