Penyanyi dan usahawan kontroversi, Ifa Raziah tampil memberi penjelasan berhubung dakwaan memperlekeh kaum Iban menerusi sebuah komen di media sosial.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Nak Berpisah Buat Cara Nak Berpisah, Kesian Bella’ – Ifa Raziah Harap Aliff Aziz Jadi ‘Gentleman’ Selesai Semua Masalah
Artikel Berkaitan: Ifa Raziah Sambut Raya Pertama & Kedua Di Kuala Lumpur, Raya Ketiga Mungkin Terbang Ke London
Saya tak ada niat
Menerusi temu bual bersama OhBulan!, Ifa atau nama sebenarnya Saripah Raziah Mustapha, 49, berkata, dia berasa sangat terkejut apabila isu tersebut menjadi viral sejak tiga hari lalu sehingga berlarutan ke hari ini.
Pertama sekali saya sangat terkejut. Saya ada komen dekat video Kelly Azman dan perkara itu sudah berlaku enam minggu yang lepas. Saya tak sangka jadi viral tiga hari yang lalu dan ketika itu saya berada di Singapura. Saya tak tahu apa benda yang mereka tulis dan komen dekat video saya. Rupanya isu saya terkejut tengok video Kelly. Saya tulis komen ‘Ingatkan perempuan Iban mana yang tersesat’.
Sebenarnya saya dan Kelly sahabat baik. Bila kami bergurau, saya tak bermaksud apa-apa apatah lagi berniat nak body shaming, face shaming etnik tertentu. Pertama kali tengok video itu, saya nampak head gear yang berada di atas kepala. Sangat cantik!
Tambah Ifa, dia tidak pernah bercakap buruk atau melakukan perkara yang tidak baik terutama melibatkan isu perkauman.
Setahu saya orang Borneo orang yang paling cantik. Kawan saya ramai orang Sarawak dan Sabah. Mereka datang daripada pelbagai kelompok etnik. Takkan saya nak main sentimen perkauman. Tak ada sedikit mengenai perkara itu terniat di hati saya. Maksud saya, Kelly pakai bunga-bunga atas kepala. Pandangan mata saya, orang semenanjung tak pakai macam itu. Kedua, bila Kelly menyanyi macam tak tentu arah. Itu maksud saya (sesat). Demi Allah, semua itu disalah ertikan.
Berbicara lebih lanjut, pelantun suara ‘Ser Ser Ser’ ini memberitahu, dia sudah bersedia untuk melakukan sidang media dan permohonan maaf secara umum.
Saya tunggu balik dari Singapura dan mahu buat penjelasan. Inilah masa yang sesuai untuk saya jelaskan. Sebab itu saya tak buat live atau apa-apa. Saya baca komen tetapi saya tak faham. Mungkin mereka maki saya. Untuk orang Borneo, Sabah, Sarawak dan orang Iban, demi Allah saya orang Islam. Saya tak ada niat langsung nak mengguris hati sesetengah perkauman terutama orang Iban. Saya susun sepuluh jari dan mohon maaf.
Salah faham
Ifa yang ditemui di One World Hotel, Petaling Jaya, semalam, berharap netizen dapat berhenti bercakap mengenai isu ini.
Saya harap penjelasan yang saya buat ini dapat menyelesaikan isu yang berlaku. Saya tak ada niat, tak sengaja. Hanya gurauan antara saya dengan sahabat baik saya. Orang mungkin salah faham. Bagi kami, ini perkara biasa. Kalau saya jahat dan tak bertanggungjawab, saya boleh berdiam peluk tubuh.
Tetapi saya tak buat benda yang salah macam itu. Itu sebab saya berani tampil beri penjelasan. Harap semua boleh terima penjelasan saya.
Terdahulu, komen Ifa dikongsikan seorang pengguna aplikasi Threads yang memuat naik tangkap layar hantaran berkenaan di akaun media sosialnya. Komen itu menyebabkan pemilik akaun Threads terbabit mempersoalkan tindakan Ifa yang dianggap tidak menghormati etnik kaum di Sarawak.
Rata-rata netizen meninggalkan komen kesal dengan tindakan Ifa kerana kurang peka mengenai sensitiviti kaum.