Pempengaruh media sosial, Cik B mendedahkan ibunya, Dato’ Seri Vida iaitu masih memberi wang belanja kepada bekas suami meskipun mereka sudah lama bercerai.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Cik B Dedah Kawan Baik Tergamak Curi ‘Hoodie’ Harga RM8,000 – ‘Patut Saya Rasa Tak Sedap Hati’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Cik B Bagi ‘Green Light’ DSV Kahwin Lagi – ‘Tapi Mama Janganlah Buta Kerana Cinta’
‘Saya tak akan lupa apa dia buat dekat mama’
Ketika ditemu bual dalam satu podcast Audio+, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin akui masih tidak dapat melupakan apa yang dilakukan bapanya itu kepada Dato’ Seri Vida. Malah disebabkan kejadian itu juga, Cik B kini sangat melindungi dan menjaga ibunya itu.
Saya tak akan lupa apa yang dia buat dekat mama, depan mata saya. Memang sangat teruk. Kalau jumpa tu saya rasa geram sebab apa yang dia buat dekat mama.
Bercerita dengan lebih lanjut, Cik B mendedahkan bahawa Dato’ Seri Vida masih memberi wang kepada bekas suaminya itu setiap bulan agar tidak menganggu mereka sekeluarga.
Kami tak ada contact number tapi dia selalu minta dekat staf yang selalu bagi dia duit. Sebab mama tiap bulan akan bagi dia duit, supaya tak ganggu kami.
Video
Sumber: Youtube Audio+