Penyanyi Amira Othman turut terkesan dengan sukarelawan Malaysia yang ditahan ketika menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Artikel Berkaitan: Intan Najuwa & Suami Anjur Solat Hajat Bersama Anak-Anak Tahfiz Untuk Pejuang Global Sumud Flotilla

Artikel Berkaitan: ‘Saya Bersama Seluruh Keluarga Masih Tidak Mengetahui Keberadaan Serta Keadaan Suami’ – Yatt Hamzah

Tak tidur malam

Menerusi potongan klip siaran langsung di TikTok, pemilik nama Nadia Amira Othman, 32, memaklumkan dirinya sukar untuk tidur ekoran sukarelawan yang ditahan tentera Israel.

Ujarnya lanjut, rakan selebriti, Heliza Helmi sempat menghantar mesej sebelum dilaporkan ditahan secara tidak sah.

Kalau cerita tentang meraka, meremang.

Saya bagitahu Fattah yang saya tak boleh tidur semalam.

Pukul 4 lebih pagi, Kak Ja (Heliza Helmi) ada mesej saya beritahu dia dikepung. Terus teringat-ingat.

Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Fattah Amin turut memohon orang ramai agar menitipkan doa buat urusan sukarelawan yang berjuang menghantar bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Sebelum kita mula apa-apa pun, kita doakan mudah-mudahan semuanya selamat.

Pada Khamis, media melaporkan seramai 23 sukarelawan warga Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan tersebut telah ditahan antaranya Nurul Hidayah Mohd Amin (Ardel Aryana), Zizi Kirana, Zulfadhli, Rusydi Ramli, Musa Nuwayri, Muaz Zainal, Haikal Abdullah, Iylia Balqis, Sul Aidil, Norfarahin Romli (Farah Lee) dan ramai lagi.

Susulan itu, menurut laporan Harian Metro, kesemua sukarelawan Malaysia yang ditahan tentera Israel semasa sertai Global Sumud Flotilla (GSF) disahkan selamat dan akan dibawa pulang melalui sebuah negara ketiga.

Sumber: TikTok @cikindah911