Penyanyi dan pelakon Bella Astillah akhirnya bersuara mengenai dakwaan segelintir pihak yang mendakwa dirinya sentiasa menjaja kisah sedih di media sosial untuk meraih perhatian ramai.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Puji Nyanyian Bella Astillah Di Konsert Sumandak Stars – ‘Vokal Semakin Bagus, Struggle Dia Perbaiki Diri Lepas Dikritik’
Artikel Berkaitan: Bella Astillah Bangga Ayden Dapat Markah Pendidikan Islam Paling Tinggi – ‘Semoga Terus Belajar Rajin-Rajin’
‘Saya gembira dengan anak-anak dan keluarga’
Ketika ditemui OhBulan!, Bella atau nama lengkapnya Dayang Ara Nabeela Awang Astillah, 30, menafikan tersebut sebaliknya mengakui dirinya kini bahagia bersama anak-anak dan keluarga.
Saya tak tahu bila saya dikatakan jual konten sedih, saya rasa tak ada. Mungkin kalau hal anak-anak, biasalah kadang-kadang kita rindu jadi ianya bukan fasal cerita sedih.
Buat masa ini, saya gembira dengan anak-anak dan keluarga. Alhamdulillah, kehidupan saya semakin baik.
Bekas isteri kepada penyanyi, Aliff Aziz ini juga menafikan tuduhan sering menjual konten mengenai anak-anaknya iaitu Aydan Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4, bagi tujuan meraih simpati.
Tak jual konten anak-anak
Sebaliknya pelantun lagu Bermanja-Manja ini menjelaskan bahawa kadangkala dia hanya berkongsi semula konten bersama anak-anak yang dirakam oleh individu lain ketika penggambaran.
Saya tak jual konten anak sebab mereka sentiasa ada dengan saya. Ada juga momen belakang tabir yang dirakam orang lain, saya hanya kongsikan semula je di media sosial.
Meskipun sering dikecam dan dikritik, Bella mengakui bahawa dia mengambil positif segala komen yang diterima sebagai pengajaran dan untuk memperbaiki dirinya agar menjadi insan yang lebih baik.
Tapi bagi saya setiap orang ada tanggapan masing-masing, saya tak salahkan sesiapa.
Saya jadikan komen negatif itu sebagai pembakar semangat saya dan yang positif buatkan saya lebih bersemangat untuk buat yang lebih baik pada masa akan datang.
Dalam perkembangan lain, Bella Astillah dan penyanyi, Nabila Razali baru sahaja melancarkan single terbaharu mereka yang berjudul CACACA.
Lagu tersebut diterbitkan oleh Universal Music Malaysia dan merupakan ciptaan Mage, Ja’a dan Ezra Kong. Muzik video (MV) CACACA telah dilancarkan pada 6 Disember lalu di saluran Youtube Nabila Razali Entertainment.