Kemelut antara pelakon Shakilla Khoriri dengan bekas suami iaitu penyampai radio, Fizi Ali berhubung isu anak mereka tidak berpenghujung apabila kes tersebut telah pun dibawa ke mahkamah baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Shakilla Khoriri ‘Block’ Nombor Fizi Ali Dakwa Wujud Campur Tangan Isteri – ‘Saya Tak Berminat Nak Bercakap Selain Dengan Bapa Ameena’
Artikel Berkaitan: ‘Tak Terkejut, Ameena Sakit Pun Tak Ada Siapa Tanya Khabar’ – Shakilla Khoriri
Harapan Shakilla
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram Story (IG), Shakilla atau nama sebenarnya Nurul Shakilla Mohd Khoriri dilihat membuka ruang soal jawab kepada pengikutnya.
Pada penghujung sesi tersebut, Shakilla sempat memohon agar setiap pihak menghormati dirinya dan juga bekas suami yang kini sedang berusaha menyelesaikan isu berkenaan.
Saya faham kadang-kadang emosi itu tidak menentu dengan apa yang berlaku sekarang ini tetapi saya minta kalian untuk tidak berkata yang tidak baik, tidak menulis yang bukan-bukan kepada siapa-siapa terutama kepada daddy Ameena Sofia..
Saya minta maaf cakap tentang benda ini tetapi sila hormat apa yang sedang berlaku dan saya minta untuk tidak memperbesarkan isu ini kerana biarlah kami bertiga sahaja yang lalui.
Dalam masa yang sama, aktres ini meminta supaya orang ramai tidak mengeluarkan kenyataan berbaur negatif berhubung isu berkenaan.
Shakilla juga berharap agar semua pihak mendoakan yang terbaik agar urusan tersebut dipermudahkan.
Saya tak nak Ameena membesar dengan banyak perkara yang tidak baik tentang saya ataupun daddy dia. Jadi saya minta jasa kalian semua untuk berhenti menulis apa-apa..tulis sahaja yang baik-baik, doa yang baik-baik. Terima kasih.
Terdahulu, Fizi menerusi hantaran di IG meluahkan rasa kecewa kerana tidak dapat bertemu dengan puteri tunggalnya ketika hari graduasi kanak-kanak tersebut.
Fizi kemudian mendakwa Shakilla telah menyekat nombor telefonnya dan tidak boleh dihubungi. Susulan itu, Fizi terpaksa membawa tuntutan hak penjagaan anak ke mahkamah.
Untu info, Fizi pernah mendirikan rumah tangga dengan Shakilla pada 18 Februari 2018, namun bercerai dua tahun kemudian.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang cahaya mata bernama Ameena Sofia, 5.
Kemudian, Fizi mengumumkan sudah menamatkan zaman duda dengan ibu tunggal anak satu yang juga ahli perniagaan, Siti Zulaikha pada 23 Oktober lalu.
Video
Sumber: IG Shakilla Khoriri