Isteri pertama kepada Datuk Red yang juga merupakan madu kepada penyanyi, Adira Suhaimi iaitu Datin Red tiba di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Kuala Selangor, kira-kira jam 8.45 pagi bagi sebutan kali kedua berhubung kes tuntutan cerai terhadap suaminya.
Artikel Berkaitan: Datuk Red Bakal ‘Kehilangan’ Adira Suhaimi & Isteri Pertama Serentak? – ‘Cuma Kebetulan’
Artikel Berkaitan: Laporan Jawatankuasa Pendamai Gagal! Kes Cerai Adira Suhaimi & Datuk Red Ke Peringkat Hakam
‘Bukan keputusan saya’
Walau bagaimanapun, Datin Red atau nama sebenarnya Datin Syarifah Nor Shafila enggan mengulas lanjut mengenai tuntutan penceraiannya itu namun menganggap ia merupakan satu keputusan yang terbaik.
Saya tak nak cakap banyak sangat, apa yang saya boleh cakap, ini (cerai) bukan keputusan saya. Itu saja, tapi saya rasa ia adalah yang terbaik.
Terdahulu, Datin Red menimbulkan tanda tanya dalam kalangan wargamaya apabila memuat naik beberapa foto dirinya berada di perkarangan luar mahkamah.
Difahamkan, Datin Red telah memfailkan penceraian ke atas suaminya pada Januari lalu.
Sekadar info, Datin Red merupakan isteri pertama bagi Datuk Red dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dengan lima orang cahaya mata.
Datuk Red kemudiannya mendirikan rumah tangga dengan penyanyi, Adira di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4 dan Ayob yang kini berusia setahun.
Video
@ohbulanofficial Datin Red atau nama sebenarnya Datin Syarifah Nor Shafila enggan mengulas lanjut mengenai tuntutan penceraiannya itu namun menganggap ia merupakan satu keputusan yang terbaik. #ohbulan #sembangentertainment #datinred #datukred