berita

[VIDEO] ‘Saya Tak Pernah Fikir Populariti’ – Pilih Berdakwah Di Sabah, Nazrey Dedah Punca Keluar Raihan

September 26th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Bekas vokalis kumpulan Raihan, Nazrey mendedahkan punca dia mengambil keputusan untuk keluar daripada kumpulan itu dan memilih berdakwah di Sabah.

Artikel Berkaitan: ‘Kami Kumpulan Nasyid Juga Manusia Biasa’ – Raihan Sifatkan Yasin Sahabat Yang Baik, Mohon Netizen Tak Cepat Hukum

Tak kejar populariti

@nazreyjohaniofficial KENAPA SAYA KELUAR RAIHAN? Pendedahan ini diceritakan oleh Ustaz sendiri apabila team ustazustazah.com bertanyakan “Kenapa Ustaz tak pilih untuk berdakwah tanpa keluar daripada Raihan?” Lalu tergerak hati ustaz untuk berkongsikan kisah yang sebenar semasa kami berada di Pusat TajaQuran di Kg Bitoon, Ranau, Sabah. Selepas keluar dari Raihan, Ustaz giat dalam kerja dakwahnya untuk membangunkan maahad tahfiz di Sabah dan kini beliau bersama team ustazustazah.com sedang menjalankan sebuah Program TajaQuran untuk MELAHIRKAN GENERASI CELIK AL-QURAN. Program dijalankan untuk memberikan pendidikan Al-Quran dan fardhu ain secara PERCUMA kepada anak-anak asnaf di seluruh Malaysia terutamanya rakyat Sabah. Kini 5 Pusat TajaQuran telah dibuka di Sabah, Negeri Sembilan dan Perak. KONGSI VIDEO INI SUPAYA SEMUA ORANG TAHU KISAH SEBENAR! Klik link utk sokong dakwah Ustaz: https://nazreyjohani.com #TajaQuran #NadiAlQuran #UstazNazreyJohani #Raihan #Sabah @UstazUstazah.Com ? original sound – nazreyjohaniofficial

Menerusi video di TikTok, Nazrey mendedahkan sepanjang bersama kumpulan Raihan, hatinya tidak pernah berasa tenang. Akuinya, dia bukan seorang yang gemar dengan dunia populariti.

Selama saya dengan Raihan, saya tidak pernah senang hati. Walaupun pergi (kerja) ke luar negara, saya tidak pernah memikirkan soal populariti, sebaliknya hanya berfikir tentang kerja sahaja.

Ya Allah, kalau ini bukan tempat saya keluarkan saya dengan cara baik. Selalu saya berdoa begitu hampir setiap hari kerana saya tidak mahu populariti itu.

Hati saya tidak tenang, jadi saya minta doa untuk diberi jalan keluar secara baik daripada Raihan.

Bercerita lebih lanjut, bekas penyanyi berumur 50 tahun ini berkata dia menerima ajakan daripada seorang kawan di Sabah untuk berdakwah di sekitar kampung.

Selepas 14 tahun bersama Raihan, Nazrey nekad meninggalkan kumpulan itu dan keputusan tersebut mendapat restu daripada ibunya.

Pada tahun 2006, saya menerima panggilan daripada seorang kawan di Sabah. Dia memanggil untuk saya pulang berdakwah di kampung kerana hanya beberapa jemaah yang solat di masjid.

Katanya jika saya datang berdakwah ke sana, ia dapat menarik lebih ramai umat Islam solat berjemaah di masjid.

Pada satu hari saya seperti dibisikkan dengan satu suara yang berkata… Nazrey kau teruskan kerja dakwah ini tetapi ingat kena yakin dengan rezekiku.

Sewaktu itu, saya merasakan seperti perlu meninggalkan Raihan dan melakukan kerja-kerja dakwah. Saya sempat meminta izin ibu untuk keluar dari Raihan dan alhamdulillah direstui.

Keputusan tidak dihalang

Dalam pada itu, Nazrey menyatakan dia sedar keputusan itu telah mengundang kemarahan dalam kalangan ahli kumpulan. Namun, dia reda kerana tidak ada yang menghalang dirinya daripada berhenti.

Saya rasa kalau tetap di sini tetapi selalu tak ada, akan menyusahkan. Mesti susah tak ada penyanyi. Jadi, baiknya saya berhenti. Kamu cari pengganti saya.

Ketika saya mengatakan ingin keluar daripada Raihan, mereka tidak memujuk sebaliknya berkata kalau nak berhenti, berhentilah!

Sejak itu, saya sudah bebas dari Raihan dan menjalani kerja-kerja dakwah di Sabah.

Sumber: TikTok @nazreyjohaniofficial 

SKIP THIS AD ×