berita

#RoadToAJL38: Marsha Milan Faham Perasaan Penyanyi Tak Layak Ke AJL – ‘Anggap Ia Sebagai Motivasi Untuk Terus Berkarya’

December 21st, 2023 | by Amirul Ilyasha
Kini Trending

Baru-baru ini, penyanyi berbakat Wani Kayrie meluahkan rasa sedih apabila lagu nyanyiannya berjudul ‘Kamu Kamu’ terkandas di Separuh Akhir Muzik-Muzik 38 (SFMM 38) dan gagal ke Anugerah Juara Lagu 38 (AJL 38).

Perkara itu turut mendapat perhatian penyanyi, Marsha Milan yang sangat memahami perasaan Wani serta beberapa artis muda lain yang gagal melayakkan diri ke pentas AJL38.

Artikel Berkaitan: #SFMM38: Wani Kayrie Sedih Gagal Ke AJL – ‘Pernah Rasa Give Up, Lagu Macam Mana Orang Akan Lihat Bakat & Usaha Saya?’

‘Anggap sebagai motivasi diri’

Ketika ditemui OhBulan!, Marsha atau nama sebenarnya Marsha Milan Londoh berkata, keputusan yang tidak memihak kepada Wani itu merupakan satu penanda aras dan hikmah untuk penyanyi muda itu berusaha menjadi lebih baik dalam bidang nyanyian.

Kalau saya di tempat dia pun saya akan kecewa sebab saya pun mengambil masa kurang lebih 18 tahun macam itu untuk layak ke pentas AJL.

Tapi pada saya ini adalah satu penanda aras untuk Wani sebab sebelum ini pun dia pernah menggantikan penyanyi lain di peringkat SFMM dan pada tahun ini dia meningkat dan mempertandingkan lagu yang dinyanyikannya sendiri.

Mungkin belum rezeki dia cuma pada saya ada hikmah di sebalik keputusan ini di mana ia menunjukkan betapa bersemangatnya penyanyi muda nak layak ke pentas AJL.

Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Kembali Terang’ berpendapat bahawa pentas AJL ini sangat penting dalam membantu seseorang penyanyi untuk memulakan karier mereka dalam industri hiburan.

Pada saya AJL merupakan antara platform yang paling besar dalam menaikkan karya serta ciptaan anak-anak tempatan. Setakat ini, saya tidak nampak platform lain yang boleh mengatasi pentas AJL.

Dengan platform ini juga memberi ruang kepada penyanyi serta komposer muda untuk mengembangkan lagi bakat mereka dan dalam masa yang sama mereka ini dapat mewarnai industri muzik tanah air.

Tidak dinafikan ada juga platform lain yang membantu menonjolkan kewujudan seseorang penyanyi, tetapi platform AJL ini merupakan antara yang terbesar yang bukan sahaja memberikan fokus terhadap penyanyi, tetapi juga kepada komposer dan pengkarya di luar sana.

SKIP THIS AD ×