berita

[VIDEO] ‘Saya Tak Tahu Apa Salah Saya’ – Madu Miera Liyana Reda Jika Diceraikan Hari Ini

August 3rd, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Madu Miera Liyana Reda Jika Diceraikan

Isteri pertama kepada Rosland Othman, 50, iaitu Adibah Abdul Mutalib, akui bersedia dengan keputusan mahkamah sekiranya diceraikan oleh suaminya, hari ini.

Artikel Berkaitan: ‘Kami Sudah 28 Tahun Berkahwin, Saya Tidak Setuju Bercerai’ – Madu Miera Liyana

Reda jika diceraikan

Madu Miera Liyana Reda Jika Diceraikan

Ketika ditemui OhBulan!, Adibah, 50, berkata dia sudah pun melakukan yang terbaik untuk mempertahankan rumah tangganya bersama Rosland, namun berserah kepada takdir Allah.

Kami berdua dah pergi JKP (Jawatan Kuasa Pendamai) hari itu dan dapat kaunseling daripada pihak JAWI, harap pihak JAWI dapat menilai dengan baik daripada kedua-duda pihak. Apa pun keputusan hakim hari ini saya berserah.

Kalau tengokkan dia, dia dah bulat (mahu bercerai), tapi saya sedaya upaya untuk usaha selamatkan. Kalau hakim kata kami perlu berpisah, saya reda. Mungkin itu jalan yang Allah dah tetapkan dan Allah janjikan yang lebih baik.

Adibah berkata demikian ketika ditemui di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi prosiding lafaz cerai, pada Khamis.

Dalam masa sama, Adibah akui ujian yang dilalui begitu berat untuk dirinya. Namun percaya segala yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.

Memikul dan lalui ujian ini memang sangat berat, sebelum ini hanya dengar cerita orang sahaja. Tapi bila lalui sendiri saya hormat orang-orang yang berdepan dengan ujian berumah tangga ini.

Satu sahaja saya pegang, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Saya hanya bersangka baik.

Sementara itu, Adibah mendedahkan, nombor telefon bimbitnya turut disekat oleh Rosland sejak 2021 dan hanya berhubung melalui wakil peguam masing-masing.

Dia sekat nombor telefon saya sejak 2021 dan dia tiada sebarang usaha untuk hubungi saya. Berhubung melalui peguam sahaja.

Saya tak tahu apa salah saya, benda ini secara tiba-tiba dan mengejut. Saya pertahankan hak saya dan minta dia berlaku adil.

Terdahulu, permohonan cerai difailkan Rosland pada 7 April lalu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, Adibah menolak permohonan cerai tersebut dan mahkamah mengarahkan kedua-dua pihak melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes perceraian itu.

Dalam pada itu, media tempatan ada melaporkan, Adibah mahu mempertahankan rumah tangga bersama Rosland biarpun perkahwinan didakwa dilanda badai sejak 2021, apabila suaminya berkahwin dengan aktres Miera Liyana pada Julai 2020.

Pada 31 Januari lalu, Rosland yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sarawak Consolidated Industries Bhd milik syarikat Serba Dinamik, gagal menghadiri prosiding kes nusyuz yang difailkan sendiri di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Untuk rekod, Rosland dan Adibah mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995 dan dikurniakan lima cahaya mata yang berusia antara 11 sehingga 26 tahun.

Pada 25 Julai 2020, Rosland mendirikan rumah tangga dengan Miera dan dikurniakan seorang cahaya mata.

SKIP THIS AD ×