berita

[VIDEO] Tidur Bilik Asing Ke Masa Bercuti Dengan Kekasih, Yazmin Aziz Jawab Soalan Netizen

September 15th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Penyanyi dan pelakon, Yazmin Aziz sekali lagi menyorot perhatian netizen apabila berkongsi video percutian yang turut disertai kekasih hati, Nixon Guylherme Brizolara, baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bercium & Berpelukan Dengan Teman Lelaki, Yazmin Aziz Undang Kecaman Netizen

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bercinta Beza Agama, Yazmin Aziz Hairan Dengan ‘Kepochi’ Netizen

Sambut birthday

@yazminaziz Cantik sangat Beach Villa ni ????#TikTokMY #FYP #Travel #TravelTikTok ? Habibi – Ricky Rich & ARAM Mafia

Menerusi hantaran yang dimuat naik di TikTok, Yazmin menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-21 di Pulau Langkawi.

Yazmin yang mengenakan busana berwarna hijau manakala Nixon berkemeja merah jambu memilih untuk mengukir kenangan di sebuah villa terkenal.

Dalam video tersebut, pasangan itu turut melakukan ‘house tour’ yang memaparkan keberadaan kolam renang.

Bilik asing?

Bagaimanapun, ada peminat yang tertanya sama ada mereka pergi berdua sahaja ke pulau peranginan itu.

Menjawab persoalan itu, pemilik nama Yazmin Aldwin Abdul Aziz menyatakan ibu bapa, adik beradik dan kenalan rapatnya juga hadir sekali.

Selain itu, ada juga netizen yang menyarankan agar bekas peserta Big Stage musim keempat ini segera menghalalkan hubungan.

Sebelum ini, Yazmin meluahkan rasa hairan kerana ramai yang mempersoalkan agama teman lelakinya yang juga pemain bola sepak Kelantan.

Sumber: TikTok @yazminaziz

SKIP THIS AD ×