Menerusi temu bual bersama Melodi, pelakon, Ruhainies memberitahu dia tidak akan memaafkan individu yang juga pengasas dan pengusaha produk kecantikan dan kesihatan yang disifatkan berniat tidak baik terhadapnya.
Bukan mudah dipermainkan
Menurut Ruhainies atau nama sebenarnya, Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, dia bukan seorang yang mudah dipermainkan dan tidak sama sekali akan memaafkan individu terbabit.
Sudah tentu saya tidak akan maafkan. Saya rasa dari awal lagi niat dia sudah tidak baik. Dia siap panggil (wartawan) buat sidang media. Berat untuk saya maafkan sebab ini sudah mengganggu reputasi saya.
Mengganggu ketenteraman saya yang sedang sibuk dengan kerja. Kalau awak menyusahkan hidup orang, macam mana awak nak berjaya.
Mengulas mengenai surat saman sama ada sudah diterimanya atau belum, Ruhainies berkata, dia belum menerima apa-apa daripada pihak terbabit dan masih menunggunya.
Saya memang terbuka kalau betul mereka (pihak berkenaan) nak saman. Saya juga ada berbincang dengan peguam yang mewakili saya dan dia pun gelak.
Ujar Ruhainies lagi, dia memang tiada masa untuk melayan pihak yang dianggap spesies ‘rare’ itu yang mana biasanya orang berhutang dengan kita akan hilangkan diri, tapi ini sebaliknya munculkan diri dan mendakwa dirinya pula didapati bersalah.
Sebelum ini media melaporkan, Ruhainies diminta membuat permohonan maaf secara terbuka dan membayar kerugian mencecah ratusan ribu ringgit kepada sebuah syarikat produk kecantikan dan kesihatan kerana didakwa melanggar kontrak dengan menarik diri menjadi duta produk mereka.
Menurut Pengarah Urusan merangkap pengasas produk tersebut, pihaknya merancang untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Ruhainies kerana gagal menjalankan tugasnya.
Di samping itu, mereka didakwa tidak berpuas hati dengan prestasi kerja Ruhainies selepas dua bulan dilantik sebagai duta produk, selain banyak perkara yang tidak dilakukan pelakon itu dan masih belum didedahkan pihaknya.
Video
Sumber: Melodi