berita

[VIDEO] Ustaz Tegur Trend Umrah – ‘Habis Sekampung Pergi, Balik Malaysia Masjid Pun Tak Datang’

September 28th, 2023 | by Alia
Kini Trending

trend umrah

Satu trend yang membimbangkan ketika ini adalah jemaah umrah dilihat berebut-rebut menunaikan solat ketika di Tanah Suci namun setelah pulang ke tanah air mereka tidak mahu memenuhi masjid.

Artikel Berkaitan: Nurul Shuhada Tunai Umrah Selepas Habis Iddah

Artikel Berkaitan: Anne Abdullah Pakai Hijab Selepas Tunai Umrah

Masjid tak ada orang

trend umrah

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Ustaz Mokhtar Yaakob meluahkan rasa kecewa berikutan terdapat sesetengah individu tidak mempratikkan ibadah yang mereka lakukan ketika di Makkah.

Sekarang ini trend pergi umrah, habis sekampung pergi umrah masjid tak datang. Ada benda tak kena.

Balik umrah bercerita ‘seronoknya sembahyang jemaah‘ tapi 12 hari di sana itu sahajakah mereka berjemaah?

Dalam pada itu, ada juga yang sanggup bangun awal pagi untuk menunaikan solat jemaah di sana.

Bagaimanapun, lain pula keadaannya ketika berada di tanah air, mereka dilihat jarang sekali mengimarahkan masjid ketika waktu solat.

Masa duduk sana, awal-awal pagi pukul 3 dah pergi sembahyang subuh siap ketuk pintu mutawwif.

Tapi bila naik atas kapal terbang, ustaz minta niat sembahyang jamak ada yang kata nak qada solat.

Itu baru atas kapal terbang belum sampai kampung lagi, tak peliklah kalau dekat masjid tak ada jemaah.

Netizen setuju

trend umrah

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan teguran tersebut malah mereka mendakwa terdapat segelintir individu yang ke Makkah hanya untuk makan angin.

@pejuangpondok8734

? bunyi asal – PejuangSubuh – PejuangSubuh

Sumber: TikTok

SKIP THIS AD ×