Pelakon Yusuf Bahrin mengakui tidak pernah menjangka ikatan perkahwinan yang dibina bersama penyanyi Zizi Kirana akhirnya menemui titik noktah dengan sebuah perceraian.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Yusuf Bahrin & Zizi Kirana Muncul Di Mahkamah Syariah – ‘Doakan Yang Baik’

Artikel Berkaitan: Yusuf Bahrin Kerap Diaju Soal Zuriat Waktu Raya – ‘Dah Lima Tahun Kahwin, Mereka Dah Senyap’

Dah cuba sehabis baik

Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Muhammad Yusuf Bahrin, 34, memaklumkan keputusan ini diambil selepas kedua-dua pihak berusaha untuk mempertahankan ikatan perkahwinan yang dibina sejak tahun 2021 itu.

Hari ini adalah hari perceraian saya dengan bekas isteri saya, Zizi Kirana.

Tak ada siapa dan tak ada satu pun pasangan dalam dunia ini yang sukakan perceraian.

Kami dah buat yang terbaik, kami dah cuba sedaya upaya untuk selamatkan, tapi benda jadi macam ni.

Dalam kisah hidup saya dan dia, inilah pengakhirannya, yang saya tak pernah jangka dan saya tak pernah tahu akan terjadi dalam hidup saya.

Bagaimanapun, Yusuf enggan mendedahkan punca keretakan rumah tangga mereka. Sebaliknya dia memohon agar orang ramai mendoakan yang terbaik buat dirinya dan juga Zizi.

Tak apa, itu biar saya saja yang tahu, saya dengan dia je tahu.

Kami berpisah secara baik dan tak ada permusuhan, tak ada apa-apa dendam, Alhamdulillah.

Jadi, saya minta doa daripada kalian semua dan juga yang lain yang tengok video ni nanti, doakanlah kebahagiaan kita dan orang lain, insyaAllah.

Mengulas mengenai perancangan masa hadapan, Yusuf memaklumkan meskipun sudah tidak bersama, mereka akan terus memberikan sokongan buat kerjaya seni masing-masing.

Saya dan dia akan fokus kerja, kerjaya masing-masing’.

Saya akan terus sokong dia, dan dia pun akan terus sokong saya punya karier, insyaAllah.

Pada Khamis, Yusuf dan Zizi sah bercerai talak satu secara raji’e di Mahkamah Rendah Syariah Petaling.

Sebelum ini, netizen mula menghidu pergolakan hubungan mereka apabila mendapati pasangan tersebut tidak lagi mengikuti akaun media sosial satu sama lain dan tidak menyambut Aidilfitri bersama.

Untuk rekod, Yusuf dan Zizi mendirikan rumah tangga 19 September 2021 dan pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata.