berita

[VIDEO] ‘Sayang Ni Biar Betul?’ – Suami Redha Isteri Beli Baju Raya Sama Warna Dengan Dinding Rumah

May 11th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi, seluruh umat Islam bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri. Memang tak dinafikan, mesti ramai yang sudah membuat persiapan baju raya, kuih raya dan sebagainya. Bahkan, kebanyakan orang sekarang suka mengenakan pakaian yang sedondon bersama ahli keluarga. Barulah nampak serasi!

Seperti keluarga ini, mereka telah memilih tema berwarna hijau sempena raya tahun ini. Tetapi tanpa disangka rupa-rupanya terdapat ‘kisah’ yang berlaku di sebalik pilihan warna tersebut.

Eh tersama tema pula

‘Kisah’ tersebut dikongsikan oleh Schamia menerusi satu video yang dimuatnaik di akaun TikTok. Wanita ini bersama anak dan suaminya bukan sahaja memiliki pakaian raya yang sedondon malah warna tersebut tersama tema pula dengan dinding rumah mereka.

Berdasarkan video pendek itu, kelihatan suami wanita ini yang mengenakan baju melayu tersebut telah berdiri menghadap dinding rumah seakan ‘merajuk’ dengan pilihan warna itu. Jika dilihat, baju melayu berwarna hijau itu agak ‘tenggelam’ kerana warnanya memang sama seperti warna dinding. Bak kata netizen, mereka tak dapat bezakan yang mana satu baju melayu, mana satu dinding!

Ini baru sedondon

@schamia11Ok laa ikut tema kan ????##rayapkp2021 ##fyp ##fyp? ##tiktok? Pejam Celik Hari Raya – iman

@schamia11Lagi 4 hari lagi gais, sanggup ke tak ni ???? ##rayapkp2021 ##sedondon ##fyp? ##fy ##ecekeli? original sound – ???? ?????????

‘Nangis ke tu’

Video yang dikongsikan ini telah mendapat 261.k tontonan dan 17.1k tanda suka. Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan netizen turut terhibur melihat gelagat si suami yang ‘pasrah’ memakai baju melayu hijau itu. Bukan itu sahaja, mereka mula tertanya-tanya bagaimana agaknya apabila satu keluarga ini bergambar di pagi raya.

Sumber: Schamia11

SKIP THIS AD ×