Luluh hati seorang ibu apabila melihat anak kecilnya melecur teruk di bahagian muka selepas terkena air panas sehinggakan perlu menjalani pembedahan membuang kulit.
Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak Perempuan Melecur Separuh Badan Main Bunga Api
Cawan ramen penuh air panas terbalik
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan Kosmo, wanita yang dikenali sebagai Rina Nana itu teringin untuk menjamah sedikit ramen di dalam cawan yang dibelinya.
Rina baru balik dari dobi Selasa malam, lepas itu sampai di rumah Rina nampak ramen dalam cawan. Tak tahu kenapa hati rasa nak sangat makan ramen, Rina capai ramen pergi dapur dan panaskan air.
Difahamkan, selepas Rina memanaskan ramen tersebut, dia yang kemudiannya melakukan beberapa kerja rumah begitu terkejut melihat anaknya, Rizqi Anaqi sudah mencapai cawan ramen berkenaan.
Lepas panaskan air dan nak tunggu menggelegak, Rina duduk dengan anak depan televisyen. Tak sampai beberapa saat, Rina ke dapur untuk buang sampah, bila Rina pusing, tengok Anaqi sudah capai ramen yang ada air panas.
Terkejut dengan kejadian itu, Rina bergegas membawa Rizqi Klinik Kesihatan Maran sebelum dirujuk ke Hosiptal Temerloh bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Keadaannya lecur 70 peratus. Rizqi juga terpaksa menjalani pembedahan bagi mencuci luka.
Video
@mekna345 uncle untie doa kan rizqi cepat sembuh , semoga doa kalian dimakbul kan ,amin amin , terkena air panas #fyppppppppppppppppppppppp ? Instrumen Sedih – Yuda pratama
Terdahulu, video yang dikongsi Rina mengenai kejadian yang menimpa anaknya itu mula tular dan mendapat perhatian warganet.
Menerusi video tersebut, Rina begitu sedih melihat keadaan anaknya yang melecur hampir 70 peratus di bahagian muka dan menjadikan kejadian ini sebagai satu iktibar untuknya supaya lebih berhati-hati selepas ini.