Akhir-akhir ini, kes peningkatan wabak Covid-19 semakin meningkat di negeri Sabah. Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menghantar barisan petugas kesihatan bagi membantu pasukan perubatan di sana.
Di Twitter, viral satu video yang meraih perhatian netizen, apabila pasukan perubatan dari Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu, yang bakal berangkat ke Sabah diiringi laungan azan sebelum mereka bertolak ke negeri tersebut.
Diiringi azan
Azan mengiringi staf di Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu untuk digerakkan ke Sabah – kira dah macam berjuang di medan perang – semoga dipermudahkan pic.twitter.com/5qyTZMDlnA
— Pakcik #RakyatJagaRakyat (@JalalMisai_2) October 27, 2020
Azan mengiringi staf di Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu untuk digerakkan ke Sabah – kira dah macam berjuang di medan perang – semoga dipermudahkan
Menerusi video yang berdurasi satu minit 24 saat itu memaparkan pasukan perubatan yang bakal berangkat ke Sabah sedang berarak menuju ke pintu utama hospital diiringi laungan azan. Tidak berakhir di situ, pemergian mereka turut diiringi dengan tangisan daripada sahabat sekerja mereka.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham, seramai 48 orang Penolong Pegawai Perubatan dan tujuh orang Pembantu Perawatan Kesihatan dari Semenanjung Malaysia telah dimobilasi ke negeri Sabah bagi membantu frontliners di sana. Mereka yang terlibat ini datang dari pelbagai negeri di Semenanjung Malaysia.
Video tersebut telah berjaya meraih 38.1.k tontonan, 3.7k retweet dan 2.1k likes.
Pejuang negara!
Para pejuang negara. ?? pic.twitter.com/5ryhvs2Aab
— Pakcik #RakyatJagaRakyat (@JalalMisai_2) October 27, 2020
Tambahan pula, terdapat lagi satu video versi TikTok, yang memaparkan petugas kesihatan ini sedang berarak dengan memegang bendera Malaysia beserta beg-beg barang keperluan mereka menuju ke pintu hadapan sebelum berangkat ke Sabah.
Warganet rata-rata sebak dan terharu akan pengorbanan barisan hadapan ini kerana sanggup mempertaruhkan nyawa mereka demi kesihatan rakyat Malaysia.
Sanggup berkorban
Semoga Allah lindung mereka
Sumber: Jalal Misal & Dr Noor Hisham