Pelawak dan penyampai radio, Johan dilihat rajin membantu isterinya dalam menjalankan tanggungjawab melakukan kerja rumah.
Artikel Berkaitan: ‘Anak Suka Tanya Pasal Jesus’- Johan Dedah ‘Maid’ Suka Dengar Tazkirah, Syukur Dah 2 Tahun ‘Convert’ Islam
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Hadap Game Macam Nak Mati Esok’ – Bila Satu Malaysia Tengok Johan Kena Bebel Isteri
Sudah berbincang
Terbaru, menerusi sebuah perkongsian di Instagram, Ozlynn dilihat sedang merakam gelagat suaminya iaitu Johan yang sedang menggosok pakaiannya ketika mereka menginap di sebuah inap desa.
Menurut Ozlynn, suaminya itu secara sukarela menguruskan hal berkaitan menggosok pakaian dan tugas itu telah dibincangkan sejak awal lagi.
Memang kalau pergi mana-mana tanpa pembantu, dia (suami) yang akan tolong iron baju saya. Memang kami sudah berbincang sejak dulu lagi, sebelum saya lubangkan baju-baju baik dia yang gosok. Ya sampai sekarang memang Johan yang iron semua baju.
Bercerita lebih lanjut, Ozlynn mengakui dirinya memang tidak begitu pandai menggosok baju memandangkan tugas tersebut telah dilakukan oleh bapanya sejak kecil lagi.
Jelas Ozlynn lagi, kerjaya bapanya sebagai anggota unit beruniform telah menyebabkan lelaki itu cerewet terutamanya dalam memastikan pakaian diseterika dengan betul.
Rasanya, memang ahli keluarga saya tidak pandai gosok baju. Sebab dari kecil lagi, abah yang bantu gosok dan cuci baju serta kasut sekolah kami (adik-beradiknya).
Kerja abah sebagai anggota membuatkan dia sangat cerewet bila gosok baju. Jadi anak-anak tidak pandai gosok baju. Siapa macam saya jenis risau nak gosok baju?.
Saya pernah gosokkan baju mak. Tak tahu apa yang salahnya sehingga berlubang baju sutera mak saya. Jadi lagi saya fobia terus.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Jozlynn