Pelakon dan penyanyi Abby Abadi berkongsi tentang hikmah selepas dia ditimpa ujian.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Jaga Diri Baik-Baik, Sedih Tengok Kurus Sangat Anak Mama’ – Abby Abadi
Artikel Berkaitan: Abby Abadi Rindu Marissa Dania – ‘Kenapa Mama Mesej Tak Balas?’
Hijrah Abby
View this post on Instagram
Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, Abby atau nama sebenarnya Arbaiyah Abdul Manan berkata, dia sebelum ini menempuh pelbagai perkara yang tidak diingini dalam kehidupannya.
Kalau nak diikutkan semasa tahun 2012 dan sebelum itu, banyak sangat berlaku kejadian-kejadian ‘seram’ dalam kehidupan seorang Abby Abadi.
Maknanya Allah izinkan saya kembali pada Dia.
Bagaimanapun, menurut aktres berusia 46 tahun itu, insiden yang berlaku pada masa lalu telah menjadi faktor penghijrahannya untuk menjadi insan yang lebih baik.
Sebenarnya kisah itu berkait dengan hijrah juga. Saya jadi lebih baik. Kalau dulu tak jaga solat, tapi lepas pada itu saya tak pernah tinggal solat.
Benda-benda baik yang Allah nak izinkan untuk saya faham agamaNya.
Bukan itu sahaja, pelakon filem Gerak Khas The Movie tersebut juga mula menyedari kekhilafannya dalam berpakaian.
Kalau dulu saya tahu saya tak jaga aurat itu berdosa, tapi saya tetap tak jaga. Saya kata,’tak apalah, nanti tua taubatlah.’
Saya lupa nak fikir, sempat ke nak tua? Kita tak tahu sebab sekarang pun ramai mati muda.
Sumber: IG Abby Abadi