Bapa kepada pelakon Zara Zya iaitu Encik Mohd Zainuddin memberikan komen terhadap kenyataan yang dikeluarkan pelakon itu terhadapnya melalui aplikasi Thread, baru-baru ini.
Artikel Berkaitan: ‘Saya Ada Ayah Tapi Macam Tak Ada, Dia Hina & Mengata Saya Di Media Sosial’ – Zara Zya
‘Tak pernah bencikan Zara’
Menerusi temu bual bersama Melodi, Zainuddin memaklumkan dirinya tidak pernah menyimpan perasaan dendam terhadap Zara sebaliknya, sentiasa merindui pelakon yang terkenal menerusi drama ‘Budi’ itu.
Saya tak nak komen banyak, biarlah zara sendiri yang memberikan komen.
Saya sebagai seorang ayah, tak mungkin saya begitu dendam dan benci pada anak. Saya sentiasa rindu dan sayang anak saya.
Saya tak pernah pun sekilas ada rasa benci pada dia, terserah pada dia (Zara), biar dia yang memberikan komen dan saya akan ambil pendekatan untuk mengunci mulut.
Dalam pada itu, lelaki berkenaan turut berpesan kepada Zara, bahawa seburuk dan seteruk mana pun dirinya, dia tetap bapa kandung kepada pelakon berkenaan.
Tak ada apa yang saya nak katakan, cuma saya nak pesan kepada Zara, nama penuh dia adalah Zainurul Razia Mohd Zainuddin.
Sampai ke syurga pun sayalah ayah dia dan dia tak akan dapat ayah lain.
Seburuk mana pun ayah dia, saya tetap ayah dia. Itu saja yang saya nak pesan.
Terdahulu, Zara mencuri perhatian apabila mengakui dirinya tidak menjalinkan hubungan yang baik bersama bapa kandungnya.
Dakwa Zara, bapanya itu tergamak melemparkan kata-kata hinaan dan cacian kepadanya menerusi beberapa akaun palsu yang dibuatnya di media sosial.
Video penuh
Sumber: Melodi TV3