Umum mengetahui, penyanyi Najwa Latif mengalami keguguran anak pertamanya pada Disember lalu.
Artikel Berkaitan: Najwa Latif Alami Keguguran Anak Pertama – ‘Alhamdulillah, Allah Bagi Pinjam 5 Minggu’
Nyanyi lagu fasal ‘kehilangan’
View this post on Instagram
Terbaharu, pemilik nama Imratul Najwa Abdul Latif ini mencuri perhatian menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG).
Menerusi hantaran tersebut, Najwa sedang menyanyikan sebuah lagu bersama suaminya, Akwa Arifin yang bermain sebuah alat muzik disisinya.
Satu (lagu) sebelum 2024 berlalu ‘pergi’.
Difahamkan, nukilan tersebut ditulis sendiri oleh Najwa Latif dan bait lirik di dalam lagu itu seakan berkait dengan kehilangan kandungan pertamanya.
‘Ada debaran pertama tak terganti saat pertama tahu kau ada.’
‘Namun hari itu datang tiba-tiba, kau pergi tanpa sempat kujaga’.
Raih perhatian netizen
Sedihnya lagu penulisan jiwa Najwa Latif ni ?
Terasa sangat kehilangan tu.
Umum mengetahui Najwa Latif keguguran kandungan pertama beliau beberapa minggu lepas. Doakan semoga urusan Akwa dan Najwa sentiasa dimudahkan dan anugerah rezeki yang luas akan datang. Amiin. pic.twitter.com/0YHk63xJ7u
— Seth Tan (@sethkhilfi) December 31, 2024
Perkongsian Najwa itu turut mencuri perhatian sehinggakan dimuat naik semula (repost) oleh seorang pengguna di aplikasi X.
Menerusi ciapan yang dibuat, seorang pengguna yang dikenali sebagai Seth Khilfi meluahkan rasa sedih mendengar lagu tersebut dan begitu terasa akan kehilangan yang dirasai oleh Najwa.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar Najwa dan suami terus kuat berdepan dengan ujian.
Terdahulu, Najwa berkongsi berita duka mengenai dirinya yang mengalami keguguran ketika usia kandungan mencecah lima minggu.
Untuk rekod, Najwa dan Akwa mendirikan rumah tangga pada 11 November 2022 di Batu Pahat, Johor.
Sumber: IG Najwa Latif, Aplikasi X