Pelawak Shuk Sahar dan isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah masih berpegang dengan pendirian merahsiakan kata putus selepas rumah tangga diduga dengan pergolakan.
Artikel Berkaitan: ‘Penat Tidur Dengan Hati Kecewa’ – Isteri Shuk Sahar
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Sambut Kepulangan Shuk Sahar Dari Umrah, Netizen Puji Baik Hati Rossa Sera – ‘Amanah Yang Menjadi Bukti Cinta Kita Dahulu’
Kenangan terindah
View this post on Instagram
Terbaru, Rossalennah atau Sera berkongsi video sambutan ulang tahun kelahiran anak sulung, Nur Qurratu Ain, 6, yang turut dihadiri Shuk.
Menerusi rakaman di Instagram (IG), Sera dan Shuk duduk bersama dalam majlis tersebut dan sedondon mengenakan pakaian berwarna hitam.
Semestinya, video tersebut menarik perhatian orang ramai yang selama ini tertanya sama ada mereka sudah kembali bersama atau masih tinggal berasingan.
Alhamdulillah kalau dah berbaik
Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet memuji sikap Shuk dan Sera yang meletakkan keutamaan anak-anak pada nombor satu.
Selain itu, pengguna media sosial juga mendoakan kebahagiaan keluarga kecil ini kekal selamanya.
Dalam pada itu, Sera mengucapkan terima kasih atas doa-doa yang dititipkan untuk kedua puteri tercinta.
Terima kasih semua yang mendoakan Ain dan Aimy. Semoga doa-doa baik kalian, berbalik kembali kepada kamu.
Sebelum ini, Sera bersama anak-anak menyambut kepulangan Shuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur selepas dua minggu mengerjakan ibadah umrah.
Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Sera pada tahun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Nur Assyifatu Aimi dan Nur Qurratu Ain.
Terdahulu, isu pergolakan semula rumah tangga Shuk dan Sera, tular di media sosial berikutan pendedahannya tentang Shuk yang didakwa berlaku curang dengan wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh.
Sumber: Instagram @rossa.sera