Pelawak dan pengacara Shuk Sahar sudah pulang ke Malaysia selepas dua minggu mengerjakan ibadah umrah di Tanah Suci.
Artikel Berkaitan: Sedang Tunai Ibadah Umrah, Shuk Sahar Sempat Balas Komen Fara Salleh
Artikel Berkaitan: ‘Penat Tidur Dengan Hati Kecewa’ – Isteri Shuk Sahar
Besarkan anak-anak bersama
View this post on Instagram
Menerusi hantaran video di Instagram (IG), Rossalennah Natassyiah Asshaferah bersama anak-anak menyambut ketibaan Shuk di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Rossalennah atau lebih mesra disapa dengan Sera turut menulis kapsyen; ‘Welcome home Shuk.’
Dalam rakaman tersebut, Shuk, 36, dilihat memeluk erat kedua puterinya iaitu Nur Assyifatu Aimi dan Nur Qurratu Ain.
Biarpun sudah tidak bersama, Sera menghargai usaha pemilik nama Mohammmad Shukri Mohamed Sahar yang sentiasa memikul tanggungjawab dengan baik.
Terima kasih sentiasa mencuba jadi ayah yang terbaik. Sama-sama kita jaga hubungan untuk amanah ini ya.
Amanah yang menjadi bukti cinta kita dahulu. Kita besarkan mereka sama-sama ya. Semoga awak dapat ketenangan.
Semoga Shuk jadi ayah terbaik untuk anak-anak walaupun kita dah tak bersama.
Tak semestinya kena bermusuh
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet kagum dengan sikap Sera yang masih melayan baik biarpun bekas penyampai radio itu pernah beberapa kali berlaku curang.
Selain itu, ada juga pengikut yang mendoakan agar kebahagiaan keluarga kecil ini kekal selamanya tanpa kehadiran orang ketiga.
Untuk rekod, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Sera pada tahun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan.
Terdahulu, isu pergolakan semula rumah tangga Shuk dan Sera, tular di media sosial berikutan pendedahannya tentang Shuk yang didakwa berlaku curang dengan wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh.
Sumber: Instagram @rossa.sera