berita

[VIDEO] Sek Kito Mendunia, Minah Salleh Pandai Kecek Kelate Ditemui Di New Zealand!

December 5th, 2019 | by faris
Video Popular

Bagi menyesuaikan diri dengan keadaan setempat ketika berada di luar negara, menjadi kebiasaan untuk kita belajar bahasa atau loghat di tempat berkenaan. Sedikit sebanyak jurang komunikasi dapat dikurangkan, senang cerita, lebih lancarlah urusan kita.

Siapa sangka seorang wanita ‘Mat Salleh’ boleh bertutur dalam loghat Kelantan, walaupun hanya sempat tinggal hanya setahun di negeri itu.

Duk Kube Kiye setahun

Dalam video ringkas berdurasi 48 saat itu, wanita warga asing itu berborak dengan sekumpulan pelancong Malaysia di New Zealand. Wanita itu berkata dia pernah tinggal di Kubang Kerian, Kelantan selama setahun dengan rakannya di sana. Berasal dari Manchester, England, wanita itu bercakap fasih dalam loghat Kelantan walaupun ada perkataan yang dibetulkan kumpulan rakyat Malaysia berkenaan.

Mengaku tidak makan makanan identiti Kelantan, budu, namun wanita berkenaan berkata dia gemar menikmati raja buah, durian. Pengakuan itu membuatkan mereka yang berborak dengannya terhibur.

Sumber: Meinsyed

The following two tabs change content below.