Viral di Twitter mengenai dua rakaman video penampakan pocong yang dipercayai dirakam oleh seorang anggota polis ketika melakukan sekatan jalan raya pada waktu malam.
Artikel berkaitan: Wanita Kongsi Cerita Anak ‘Terbuka’ Hijab, Paling Seram Nampak ‘Kakak’ Di Jambatan Pulau Pinang
Artikel berkaitan: Tiada Siapa Di Rumah, ‘Benda’ Tu Buat Hal, Siap Ambil Gambar ‘Wanita’ Bertelekung Putih Lagi
Memang tempat permainan mereka
Menerusi rakaman video tersebut, makhluk halus yang dipercayai pocong itu seolah-olah menggoyangkan badannya ketika berdiri di belakang rimbunan pokok pisang. Lebih seram, pocong itu kelihatan melompat-lompat apabila anggota polis tersebut sedang merakam dan ‘zoom’ kameranya.
Difahamkan, lokasi sekatan jalan raya tersebut juga agak sunyi dan terdapat banyak pokok pisang di kawasan berhampiran. Lebih seram, makhluk itu masih berdiri di pokok yang sama meskipun, lampu suluh telah dinyalakan ke arahnya.
Nampak bonjot dia sekali
Saya rasa abang-abang polis yang bertugas di SJR wajar diberikan elaun yang lebih tinggi kerana bukan sahaja terpaksa berpanas, berhujan dan bernyamuk, mereka juga terpaksa berpocong.
P/S: Lenkali buat SJR jejauh sikit dari pokok pisang, bang. Memang tempat permainan depa tu. pic.twitter.com/edaUfIk8rg
— Jeffrey Zain (@mrcreepyposta) June 28, 2021
tAk NaMpAk PuN.
Okay kau tunggu kejap.
Nampak bonjot dia sekali. pic.twitter.com/D8Pqg2Bj0q— Jeffrey Zain (@mrcreepyposta) June 28, 2021
Sumber: Jeffrey Zain