berita

Wanita Kongsi Cerita Anak ‘Terbuka’ Hijab, Paling Seram Nampak ‘Kakak’ Di Jambatan Pulau Pinang

November 24th, 2020 | by Amat
Kini Trending

Adalah kelebihan kepada seseorang yang dianugerahkan untuk melihat makhluk ghaib. Individu yang memiliki kelebihan ini mampu untuk merasai kehadiran dan melihat makhluk halus berhampiran dengan mereka. Tetapi, perkara ini mungkin membimbangkan apabila anak kecil juga dapat melihat kehadiran makhluk mistik yang berada berhampiran mereka.

Pengguna Facebook Nur Ainsyikin Mohamad Khir berkongsikan pengalaman apabila mengetahui anak perempuannya mampu melihat makhluk itu. Tambah pula ketika berada di rumahnya sendiri. Takut juga…

Selalu tegur ‘benda’ tu

Salam semuanya. Di sini saya nak kongsi sedikit pengalaman saya yang ada anak kecil. Allah bagi kelebihan pada dia boleh melihat makhluk halus. Mungkin budak-budak hijabnya masih terbuka tapi rata-rata yang saya jumpa untuk berubat anak saya ni mereka cakap itu kelebihan yang Allah bagi untuk dia.

Dari seawal umur 2 tahun dia dah pandai bercakap saya dan suami perasan dia selalu tegur benda yang kami tak nampak. Pernah suatu malam kami lalu Jambatan Pulau Pinang yang baru nak ke Batu Maung, atas jambatan tu kereta kami sahaja yang ada, jalan sunyi sepi saja. Jam dah pukul 12 lebih. Anak saya ni dia mngadap tingkap sambil lambai-lambai, dia cakap “bye-bye kakak”. Saya dengan suami dah seram sejuk dah. Ada la dalam 10 minit dia melambai-lambai “kakak” yang kami tak nampak tu. Lepas saya cakap “sudah kakak tu nak balik rumah dah” terus dia stop lambai. Nasib baik tak ada apa-apa lepas tu. Di rumah pun ada saja yang dia tegur.

Nur Ainsyikin berkongsikan pengalaman anak perempuannya yang dianugerahkan kelebihan untuk melihat makhluk halus. Difahamkan, sebelum ini dia dan suami pernah membawa anak mereka pergi berubat. Rata-rata menyifatkan hijab yang dibuka itu merupakan satu kelebihan yang diberi Pencipta kepada anaknya.

Tambah ibunya lagi, anak yang ketika itu berusia dua tahun pernah melambai-lambai ‘seseorang’ dari arah tingkap ketika mereka dalam perjalanan ke Batu Maung melalui Jambatan Pulau Pinang sambil menegur jelmaan seorang ‘kakak’ itu.

Ternampk sesuatu disebalik dinding

Tengah malam pukul 2 pagi dia nak susu. Dia ikut suami saya ke dapur. Tengah abah dia bancuhkan susu dia asyik tengok kat bumbung bilik air, dia tanya “abah kenapa perempuan tu masuk rumah kita”, abah dia cepat-cepat siapkan susu dia masuk bilik terus. Ada banyak lagi pengalaman yang saya nak cerita tapi ini saya kongsikan video apa yang anak saya lukis. Dia selalu cakap ada hantu kat tingkap depan rumah, dah memang hobi dia melukis.

Secara tak sengaja dia lukis benda tu dan bila saya tanya dia cakap hantu yang kakak nampak kat tingkap tu. Dan video satu lagi tu secara tak sengaja tengah saya rakam dia ternampk sesuatu di balik dinding. Ada yang cakap sebenarnya dia nampk “cik cong” dan bermula dari dia nampak si pocong tu la anak saya dah jadi penakut sangat-sangat sekarang ni. InsyaAllah saya dan suami akan ikhtiar untuk pulihkan semangat dia balik. Sekarang anak saya umur 4 tahun.

Kesian juga dekat dia sebab kena lalui semua yang kita pun mungkin tak mampu nak hadap. Kadang sedih saya tengok dia takut terketar-ketar menyorok dalam selimut, dia cakap rumah gelap. Padahal terang benderang, tak tahu la apa yg dia nampak. Rumah saya ni pula dalam kebun kelapa sawit. Memang agak seram la, kan… Itu sahaja yang dapat saya kongsi untuk semua.

Bukan itu sahaja, kanak-kanak itu juga pernah terlihat ‘seseorang’ berada di bumbung bilik air ketika jam lebih kurang 2.00 pagi. Dia ditemani ayahnya ke dapur untuk membancuh susu.

Ada banyak lagi pengalaman kanak-kanak ini terserempak dengan makhluk halus tersebut sehinggakan dia sudah bijak untuk melukis ‘makhluk’ tersebut dan tunjukkan kepada ibunya. Difahamkan, semenjak dia mengetahui ‘makhluk’ itu adalah hantu jenis pocong, kanak-kanak yang kini berusia empat tahun itu sudah mula takut dan semangatnya menjadi lemah.

Sumber: Nur Ainsyikin Mohamad Khir

SKIP THIS AD ×