Walaupun tidak dapat dilihat dengan mata kasar, kita harus percaya dengan kewujudan makhluk halus di sekeliling kita. Hal ini kerana ‘mereka’ juga ciptaan Allah SWT.
Terbaru, seorang individu iaitu Putera Nur Arif menerusi akaun Twitternya ada berkongsi pengalaman ibunya dipercayai ‘diganggu’ makhluk halus.
Gambar dalam galeri phone
Ibu duduk sendirian di rumah
Menerusi perkongsian Putera, dia terkejut apabila melihat gambar seorang wanita sedang solat berada dalam galeri telefon ibunya itu. Lebih menyeramkan apabila tarikh gambar tersebut diambil pada 16 Jun 2020 dan pada ketika itu tiada siapa di rumah melainkan ibunya seorang.
Menceritakan kisah itu, Putera mengakui selepas kematian bapa, ibunya memang takut tinggal bersendirian di rumah berkenaan. Bukan itu sahaja, pada waktu malam pula, mereka sekeluarga juga seringkali mendengar bunyi pinggan pecah.
‘Mak aku tak ada telekung putih’
Difahamkan, ibunya langsung tidak memiliki telekung berwarna putih tetapi menerusi gambar yang diambil memperlihatkan seorang wanita memakai telekung putih. Dia turut mempersoalkan siapakah gerangan wanita yang bertelekung itu.
‘Benda’ itu dikatakan semakin agresif dan mula membuka penghawa dingin, buka api dapur dan bermain dengan kamera telefon. Tambahnya lagi, gangguan yang paling seram adalah apabila adiknya tersedar dari tidur dan melihat ”pocong’ berada di sebelahnya.
Netizen kongsi pengalaman
Sumber: Putera Nur Arif