Ibu kepada pelakon Bella Astillah iaitu Siti Zarina Astillah menitiskan air mata saat mendengar ucapan daripada anak perempuannya itu sempena Hari Ibu yang bakal disambut pada 12 Mei 2024.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Bella Astillah Menangis Dengar Ucapan Ayden Sempena Hari Ibu – ‘Ayden Akan Jaga Mummy & Adik’
Bella, ibu menangis
Menerusi temu bual bersama radio Era FM, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada ibunya atas segala pengorbanan yang dilakukannya sepanjang membesarkan mereka adik-beradik.
Kak Long berterima kasih yang tidak terhingga kerana pengorbanan mama terlalu banyak. Kak long tak akan dapat balas. Daripada kita tinggal di Sabah, mama cari duit untuk keluarga. Bila pindah ke KL, mama jaga kami dengan baik.
Mama bagi kami sekolah sampailah kak long kahwin. Sepatutnya kak long sambung belajar tapi kak long nak kahwin, mama tak pernah marah. Marah turutkan saja janji kak long bahagia.
Dua beranak itu yang tidak dapat menahan sebak dilihat telah mengalirkan air mata. Dalam pada itu, isteri kepada penyanyi Aliff Aziz turut memohon maaf kepada ibunya atas segala salah silap dan keterlanjuran dalam berkata-kata.
Tapi sekarang sudah tiba masanya kak long pula yang bagi mama bahagia. Kak long minta maaf kalau pernah tercakap kasar, tertinggi suara atau tak sengara bagi mama terasa. Apaa pun mama bersyukur sebab. dapat mama yang baik, sporting dan ikhlas.
Mama tak pernah mengeluh penat sehingga kini kak long dah ada anak dua pun, mama masih bersama kak long. Mama sentiasa ada.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya akui turut tersentuh melihat momen dua beranak itu. Selain memuji kekuatan dan ketabahan Bella dalam menghadapi ujian hidup.
Video
@era.je Kasih ibu hingga ke syurga ? Berhabuk mata dengan ucapan Hari Ibu dari Bella untuk Mama ? Semoga yang baik baik sahaja buat Bella dan Mama!! Selamat hari ibu ? #3PagiERA #ERARadioNo1PalingLegit ? original sound – ERA
Sumber: TikTok Era FM