Haa sekarang ni bukan sahaja kahwin nak buat kenduri, malah jika nak berhijrah ke sesuatu yang baik pun boleh buat majlis.
Baru-baru ini pelakon semakin meningkat naik Izreen Azminda yang kini semakin ayu bertudung telah mengadakan majlis sempena penghijrahan beliau.
Lebih bermakna lagi majlis itu turut meraikan ulangtahun Fahrin Ahmad yang ke-36. Ehemm ada apa-apa ke diorang ni? Hiks..
Peminat gembira penghijrahan Izreen
Penghijrahan Izreen diterima baik oleh peminat dan mereka berharap supaya imej bertudung Izreen akan kekal dan supaya Izreen menjadi insan yang lebih baik
Peminat doa jodoh Izreen dan Fahrin
Selain itu, peminat juga gembira andai kata Izreen dan Fahrin dijodohkan bersama. Iya lah, masing-masing pun masih hidup solo kan?
Kami di sini mendoakan yang terbaik buat Izreen dan juga Fahrin Ahmad. Apa salahnya kalau mereka ni memang betul bercinta, sama cantik sama padan. Iya kan?