Baru-baru ini, tersebar satu video memaparkan aksi tidak senonoh pemain bola sepak Korea Selatan bersama bekas teman wanitanya.
Video seks tersebar
Difahamkan, aksi tidak senonoh itu dipercayai dirakam sendiri oleh Hwang Ui-jo secara senyap-senyap tanpa pengetahuan bekas teman wanitanya itu. Namun siapa sangka, video porno tersebut akhirnya tersebar di media sosial sehingga ditonton ribuan orang.
Pada awalnya, ramai yang menyangka bahawa wanita terbabit yang menyebarkan video itu kerana dia seringkali memburukkan Ui-jo di media sosial. Ternyata tanggapan mereka salah. Rupa-rupanya, adik ipar Ui-jo adalah dalang di sebalik penyebaran video tidak senonoh tersebut.
Lebih mengejutkan apabila selepas tersebarnya video porno itu, ramai para wanita mula muncul dan mendakwa mereka juga pernah menjadi mangsa penipun Ui-jo. Tidak cukup dengan itu, ada yang mendakwa atlet berusia 31 tahun itu menjalinkan hubungan dengan beberapa wanita dalam satu masa. Aksi tidak senonoh yang dilakukan turut dirakam Ui-jo sebelum mereka ditinggalkan atlet terbabit.
Susulan daripada itu, Ui-jo kini telah ditahan polis untuk siasatan lanjut selain namanya turut digugurkan daripada skuad bola sepak negara.
Sumber: The Straits Times