berita

[VIDEO] Sekumpulan Gadis Tergamak Tikam Mangsa Sambil Buat Facebook Live, Siap Jerit Beritahu ‘Viewers’ Lagi!

January 27th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Seorang gadis berusia 15 tahun telah disahkan meninggal dunia selepas diserang dan ditikam oleh sekumpulan remaja di sebuah pasar raya. Lebih mengejutkan apabila insiden cemas itu dirakam oleh suspek menerusi Facebook Live dan telah menjadi tontonan ramai di media sosial.

Tikam hati mangsa

Berdasarkan laporan yang dipetik daripada Mirror UK, insiden ngeri itu dipercayai berlaku selepas tercetusnya satu pergaduhan di sebuah pasar raya Walmart yang terletak di Amerika Syarikat. Ketika kejadian, mangsa berada di dalam pasar raya tersebut telah diserang sekumpulan remaja perempuan yang berusia dalam lingkungan 12 hingga 14 tahun.

Suspek kemudian bertindak menikam hati mangsa menggunakan sebilah pisau. Malah, ketika itu juga suspek dikatakan sedang melakukan Facebook Live. Dalam video yang viral itu kedengaran suara mangsa meraung kesakitan sambil memberitahu keadaannya sudah berlumuran dengan darah.

Video detik ngeri


Meskipun begitu, kesemua suspek langsung tidak mengendahkan mangsa dan mereka terus berlari menuju ke sebuah kereta sambil mengatakan dengan bangga bahawa mereka sudah menikam mangsa, ‘Kami baru sahaja menikam di hatinya’, ‘Kami menikam seseorang di Walmart’.

Menurut pihak polis, sebelum kejadian, suspek telah pergi ke bahagian menjual peralatan dapur di pasar raya berkenaan dan pada masa itu dia telah mencuri sebilah pisau. Pisau tersebut kemudian digunakan untuk menyerang dan menikam mangsa. Mangsa yang mengalami kecederaan parah telah dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia. Berikutan daripada insiden itu, keempat-empat suspek telah ditahan oleh pihak polis.

Sumber: Mirror UK, WSOCTV

SKIP THIS AD ×