Pasangan selebriti, PU Riz dan Neelofa mendedahkan mereka menginginkan ramai cahaya mata dalam keluarga mereka.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Neelofa Tersinggung, Netizen Tak Hormat Sebagai Ibu – ‘Kenapa Nak Jadi Yang Pertama Sebar Gambar?’
Artikel Berkaitan: Tahniah! Neelofa Hamil Anak Kedua, Syukur Tak Ada Alahan Teruk
Terima rezeki Allah
@nunha.co Neelofa nak anak seramai satu team bola! MashaAllah best ? Selagi ada kudrat dan rezeki dari Allah kita terima je, ye dak? ? Kalau korang nak berapa anak? #neelofa #bilal #puriz #innaiviral #racuntiktokshop ? original sound – Innai Nunha HQ
Menerusi video di TikTok, PU Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail menjawab pertanyaan ‘nak berapa orang anak’. Jawab Haris, 28, Neelofa mahukan bilangan anak seperti satu pasukan bola sepak.
Seingat saya, dia (Neelofa) mahu anak ramai, satu pasukan bola dia nak. Tapi, kita pun tidak ada terhadkan berapa orang anak, yang mana Allah bagi maka kita terima sahaja. Pada saya, anak ini satu perkara yang dekat dengan hati anda dan hati saya.
Anak jadi ‘investment’ di akhirat
Sementara itu, Neelofa menyatakan Haris bertuah kerana dikurniakan isteri yang seronok memiliki ramai anak. Kata hos Next To Neelofa 2 ini, dia tidak pernah mengehadkan jumlah anak selagi mempunyai kudrat untuk menguruskan.
Boleh saya katakan sebenarnya Pak Ustaz kita ini bertuah sebab isteri dia memang tidak kisah kalau dia ada anak yang ramai.
Ada sesetengah orang berkira-kira nak beranak dan nak mengandung ni. Saya kalau boleh tak mahu hadkan jumlah anak. Selagi Allah bagi kudrat dan kemampuan untuk beranak, kita beranak ramai-ramai.
Dalam pada itu, pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor menekankan ibu bapa perlu berkemampuan untuk menjaga dan membesarkan anak-anak.
Paling penting sekali kita ada kemampuan untuk jaga dan besarkan anak-anak solehah. Itulah kita punya impian sebab anak-anak ini jadi investment kita di akhirat nanti.
Sekadar info, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu. Pasangan itu selamat menimang cahaya mata yang pertama, Muhammd Bilal pada 29 Januari 2022.
Sumber: TikTok