berita

[VIDEO] Selamba Je Makcik ‘Rembat’ Helmet Orang….

March 25th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Tindakan seorang wanita yang didakwa mencuri sebuah topi keledar di hadapan sebuah pasar raya mengundang padah selepas perbuatannya itu berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

Video tersebut telah dikongsi oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Cik CT yang berharap pencuri itu memulangkan semula topi keledar milik pekerjanya.

‘Laju buat kerja’

Menerusi video pendek dikongsi, kelihatan seorang wanita berjalan keluar menuju ke keretanya sambil membawa barang yang dibeli dari pasar raya berkenaan. Selepas menyimpan barang-barang tersebut di bahagian belakang dia kembali ke bahagian depan pemandu.

Namun, selepas beberapa saat masuk ke dalam kereta, dia secara tiba-tiba keluar dan ‘mengambil’ topi keledar berwarna putih yang diletakkan pada sisi cermin motosikal berkenaan.

Sebagai solusi, pengguna Facebook ini meminta supaya individu berkenaan memulangkan semula topi keledar berkenaan sebelum aksinya itu diviralkan.

Assalamuaikum ada yang kenal owner kereta ni tak? Kalau ada siapa-siapa yang kenal tolong minta pulangkan helmet staff saya sebelum saya viralkan kakak ni.

Saya akan padam posting ni kalau owner sudah datang pulangkan helmet staff saya.

Bagaimanapun, ketika artikel ini ditulis tidak dapat dipastikan info lanjut mengenai kejadian ini.

Respon netizen

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut mengecam tindakan wanita berkenaan yang disifatkan mengambil kesempatan terhadap kesempitan orang lain.

Sumber: Cik CT via Penduduk Kampung Johan Setia

SKIP THIS AD ×