berita

[VIDEO] Selamba Letak Kaki Atas Kepala Kerusi, Pemandu Bas Naik Angin Halau Pelancong Arab– ‘Go Out, Ini Malaysia’

January 9th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Benarlah orang kata, siapa pun kita sama ada berpangkat, kaya atau miskin namun adab dan budi bahasa mestilah diutamakan kerana ianya melambangkan identiti seseorang individu.

Selamba letak kaki atas kepala kerusi

Baru-baru ini tular satu video memaparkan situasi tegang yang dilalui seorang pemandu bas di Malaysia ketika bertugas membawa sekumpulan pelancong ke destinasi tujuan. Seorang pelancong lelaki dipercayai berbangsa Arab dianggap biadap apabila meletakkan kakinya di atas kepala kerusi bas di tempat duduk hadapannya.

Perkara tersebut secara tidak langsung telah menimbulkan rasa kurang senang. Susulan daripada itu, pemandu bas berkenaan telah menegur lelaki terbabit namun lain pula yang jadinya apabila individu itu tiba-tiba naik angin sebelum mengeluarkan perkataan kesat.

Tidak tahan dengan sikap biadap pelancong terbabit, pemandu bas menghalaunya keluar namun seorang wanita dilihat cuba menenangkan keadaan yang tegang itu sambil memberi isyarat supaya lelaki berkenaan bersabar.

Video yang dikongsikan telah mendapat pelbagai respon daripada netizen yang kurang senang dengan tindakan pelancong Arab terbabit. Mereka juga memuji pemandu bas yang berani dan lantang bersuara menegur sikap biadap individu terbabit.

Video

Komen

Sumber: TikTok Rico Sibarani

SKIP THIS AD ×