Pelakon Elfira Loy mencuri perhatian ramai selepas membuat aksi merbahaya ketika sedang sarat mengandung. Berdasarkan hantaran di Instagram (IG), Elfira selamba melompat di kolam renang dengan berkasut tumit tinggi.
Artikel Berkaitan: Elfira Loy Hamil Anak Kedua, Pilih Rahsiakan Usia Kandungan – ‘Setakat Ini Okay Tak Ada Mual Langsung’
Seriau tengok
View this post on Instagram
Video yang dikongsikan itu menerima pelbagai reaksi dari pengguna media sosial. Rata-ratanya menganggap aksi yang dilakukan Elfira, 28, itu ngeri kerana boleh mengundang kecelakaan kepada dirinya dan bayi dalam kandungan.
Antara rakan selebriti yang meninggalkan komen adalah Mira Filzah, Ajak Shiro, Betty Rahmad, Elizad Sharifuddin, Rita Nadira, Dayah Bakar dan Neeta Manis.
Namun, ada juga memuji keberanian dan kesungguhan pemilik nama Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri demi mendapatkan hasil gambar dan video yang menarik.
@normaisarahmanja: Dia yang lompat aku yang risau.
@theaira_exclusive: Kenapa lompat? Seriau tengok takut tergelincir.
@siti.nurmarlina: Adoi kalau jatuh ni, menyesal seumur hidup.
@ayurustm: Ya Allah kecut perut kita. Semoga diberi kesihatan selalu baby dan mommies.
@nanadayana.11: Gugur jantung tengok.
Benda yang elok tak ada pula nak komen
Dalam pada itu, pelakon drama Bila Cupid Jatuh Cinta mendedahkan dia sudah lama teringin untuk lompat di lokasi tersebut namun tidak mencadangkan kepada individu yang sedang hamil.
Disuruh bersedia untuk terima kecaman, kakak kepada Ezlisa Loy dan Ahmad Ezzrin Loy berkata dia tidak peduli kerana itu adalah sikap semulajadi untuk segelintir manusia.
Sekadar info, Elfira telah mendirikan rumah tangga bersama Faris Khairol Anwar pada 1 Januari 2019 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Muhamad Rayyan Khalaf yang kini berusia dua tahun.
Sumber: Instagram @elfiraloy